Friday, October 14, 2011

Buang bayi!!


Baru je Sya terdengar berita jam 1.30 di TV3 sekejap tadi mengatakan seorang bayi lelaki dijumpai di dalam kotak pam di dalam tandas oleh seorang rakan kepada 'wanita' yang berusia 23 tahun itu yang dipercayai melahirkan bayi lelaki malang ini...
Bayi itu masih bertali pusat dan masih bernyawa tetapi dikatakan lemah.... Kini wanita itu ditahan dan masih berada di hospital tertentu dan dipantau oleh pihak berkuasa.

Isy2.... kejamnya... niatnya dah sah2 nak bunuh bayinya sendiri. masukkan bayinya ke dalam kotak pam air yang kita guna untuk pam tandas kan.. Ya Allah.... kejamnya cara dia hendak membunuh bayi sendiri... 
Kenapa tak diserahkan kepada sesiapa sahaja.. cari keluarga angkat yang betul2 mahukan anak... kenapa mesti nak nak jadi pembunuh? 

Baru2 ni pun dah jadi kes bayi dicampak dari flat...
Ya Allah.... manusia atau binatang yang melakukannya? sedangkan ada binatang yang sayangkan anak!! Kejadian ni dipercayai berlaku di Sentul. Bayi malang tersebut dicampak dari tingkat 5 ke bawah oleh wanita yang melahirkannya... 
Keadaan bayi itu sangat mengayat hati... sedih Sya bila melihatnya.. sedangkan kita betul2 mahukan anak.. tetapi mereka dapat dan ingin menghapuskannya pula. (Ini kes dapat walaupun taknak!)

Bayi yang dicampak dari tingkat 5..


No comments:

Post a Comment