Wednesday, November 9, 2011

Menjaga kucing di dalam rumah...

Anda sukakan  kucing? Kenapa? sebab ianya comel? bulunya cantik? warnanya yang ceria? atau ianya manja?

Terpulang kepada kamu sendiri lah kan nak klasifikasikan kucing2 itu bagaimana ciri2nya yang boleh membuat hari2 kamu tersenyum..
Tapi ada juga sesetengah dari kamu yang tidak sukakan kucing. langsung tak suka atau disebabkan perkara2 tertentu membuatkan kamu agak was2 untuk memelihara kucing?

~ kerana kucing yang dipelihara mungkin akan membuang air besar atau air kecilnya di merata tempat? di luar atau di dalam rumah anda? 


~ Bulu2 kucing yang sering/mudah gugur di mana2.. atas lantai, atas karpet, atas sofa
~ Atau kucing itu disedari mmg spesis yang gemar mencakar (dipercayai utk menajamkan kukunya) lalu takut ia akan mencakar sofa mahal di dalam rumah anda?
Haaa!!! inilah yang selalunya ditakuti/dirisaukan pemilik2 kucing sebenarnya... termasuk juga Sya dan husbend...
Oleh kerana Randy dan Bella hanya di biarkan bermain-main hanya di alam rumah jadi Sya dan husbend begitu menitik beratkan cara2 menjaga kucing2 kami... cara2 nak menyelamatkan perabot2 di dalam rumah.. dan cara2 menjaga kesihatan kami dan kucing kami..

Tips: 
1. Toilet training
Ajarkan kucing kamu buang air kecil atau besar di dalam toilet ketika pertama kali mereka menjejak kaki di dalam rumah kamu. Sediakan pasir di dalam bekas. (ada dijual di mana2 pasaraya..
Kucing haiwan yang cepat belajar. bila dia kerap kali melakukannya (buang air di disitu), dia akan ingat tempat itu bila terasa hendak membuang air kecil atau besar.

- Sya sudah praktikkan cara ini di dalam rumah Sya dan ianya sangat3x berkesan hingga kini... Randy dan Bella sangat cerdik dan pembersih... thanks sayang!!

2. Serai
Bau dari serai adalah seseuatu bau yang benar2 tidak digemari kucing. kamu boleh membeli produk2 berasaakan serai atau serai wangi di mana2 pasaraya. semburkan di mana2 kawasan yang kucing sering kencing atau letakkan terus di kawasan2 yang strategik seperti di bilik atau dapur... cubalah! 

3. Perabot yang sesuai.
Perabot di rumah biasanya di beli dan di pilih mengikut citarasa kamu suami isteri kan? cantik dipandang dan selesa bila dipegang.. hmmm.... bagi Sya, jika dah kamu ingin memelihara kucing, pilihlah jenis perabot yang sesuai... jenis kain yang jika dicakap pun takkan terkoyak.. jangan pilih jenis yang lembut... Kucing mmg jenisnya mencakar. kecuali kamu kerap2 'menasihatinya' supaya tidak mencakap dan dia faham jadi teruskanlah membeli perabot yang mana saja kamu suka!

Ni jenis sofa di rumah Sya. Sya letak jenis yang macam ni di ruang bawah rumah. bila kucing cakap takder la terkoyak sana sini...  
Bulu2 kucing pulak memang ada lekat di sofa nil tp Sya guna jenis plastik lembut yang diguna untuk melindungi keyboard (komputer/laptop) untuk mencuci sofa ni. terbukti segala kekotoran (bulu/rambut) akan diseret dan digumpal sekali bila gunakan jenis plastik ni. sorry ape nama plastik ni Sya sendiri tak pasti...
4. Bulu kucing yang sihat
Untuk menguatkan bulu kucing sebenarnya kena bagi kucing tu makan ikan. ikan tu eloknya direbus okeh.... So boleh kurangkan pengguguran bulu kucing. tapi disebabkan Sya dan husbend bekerja, kami tak sempat nak jamu kucing2 kami dengan ikan. just 2 kali seminggu iaitu weekend.. untk weekdays kami terus berikan makanan kucing Smartheart... tiada masalah semut atau lalat yang akan hinggap..

5. Air masak.
Sekiranya kamu tak berikan susu kepada kucing kamu. berilah mereka air masak. bukan air paip okeh.. air paip setahu Sya boleh mengakibat cacing... seperti kita juga, boleh mengakibat sakit perut jika terus meminum air dari paip yang tidak dimasak terlebih dahulu.

6. Syampoo kutu
Ada kucing yang begitu banyak kutu dibadannya. ini tahap kritikal dan kena basmi kutu2 tu.. dan ada yang sikit aje kutunya. ataupun yang tak ada kutu langsung.
Macam Randy dan Bella ni, setelah puas dicari2.. tak ketemu pula kutu2 di badan mereka jadi kami klasifikasikan mereka tiada kutu.. walau apapun, setiap 2 minggu sekali kami tetap akan mandikan Randy dan Bella dengan syampoo kutu... just in case kalau ada kutu dan try to avoid kutu yang mungkin baru nak muncul entah dari mana...

7. Lantai dan karpet dalam rumah.
Setiap hari sebelum kerja dan pulang dari kerja, Sya akan menyapu terlebih dahulu lantai2 rumah. secara keseluruhannya. kadang2 ada terlekat pasir di kaki Randy dan Bella lalu terjatuh di atai lantai atau karpet bila mereka bergerak ke sana ke mari. dan 2-3 hari sekali Sya akan mop lantai rumah. demi nak menjaga kebersihan rumah sebab dah biarkan Randy dan Bella berkeliaran di dalam rumah ni. 





No comments:

Post a Comment