Sunday, May 20, 2012

MANIA FINALE...

Hi! Ade yg tgk konsert fenale MANIA? Setuju HAFIZ menang? Heheeee... Sajer nk tgk respon wlopon tau dah xde nye respon... Huhuuu... Okey, actually Im not fan of Hafiz... I wish that Hazama yg menang... Heheeee... But Hafiz... U deserve to get it... Tak dpt di nafikan Hafiz adalah penyanyi terbaik... Tak sia2 Ahmad Dhani amik kan... Congratz okey.... But im really not like Stacy... Hubby cakap Stacy best ape... Nyanyi pun dasyat... Tp pada Sya, over sgt la... Sorry to say... I prefer Hazama nombor 2 since hafiz nombor 1 dah kan... N Jacklin V... Number 3.... I tot dia yg teratas dah waktu nk announce pemenang2 tp rupanya tak.... Ada sesiapa perasan yg J.V lupa lirik? Sgt2 perasan la... Sgt ketara even dia fah cuba sedaya lindung kan.... Kenangan terindah lagu yg quite famous.. so Sya pasti ramai yg perasan... Syg sgt2 la jack... Harap bukan sbb tu la peratus jack jatuh n xdpt title winner okey... Apepun semua hg perform adalah terbaik okey... Congratz to all....

Friday, May 18, 2012

MAKANAN PERTAMA BAYI ANDA

Adam dah 4 bulan.. so dah tak lama lg masuk 6m++ dah boleh start makan makanan lain.... so Sya saje ringan tangan search siap2 apa yg patut.. heheee... n dptlah info ni.... harap dapat membantu la mommies kt luar sana.... =)
INFO Carta pemakanan si kecil
Enam bulan * Tekstur makanan: Halus * Minuman: susu * Makanan: Beras, pisang, ubi kentang, keledek, bayam, lobak merah dan mangga * Elakkan: Garam, gula, produk tenusu, makanan berasaskan gandum, telur, cili dan kekacang
Tujuh bulan * Tekstur makanan: Halus tapi sedikit kasar berbanding pada usia enam bulan * Minuman: Susu, air masak atau jus buah-buahan segar yang dicairkan (1 nisbah 5) * Makanan: Buah, sayur, gandum, telur kuning dan mentega kacang * Elakkan: Susu lembu segar, cili, garam, gula, telur putih, ikan dalam tin dan organ dalaman haiwan
Lapan hingga 12 bulan * Tekstur makanan : lenyek/kisar/ cincang * Minuman: Susu ibu, air masak atau jus buah-buahan segar yang dicairkan (1 nisbah 5) * Makanan: Buah, sayur, ikan, daging, produk tenusu dan telur kuning * Elakkan: Telur putih, cili, kerang-kerangan, gula, organ dalaman dan lemak
12 hingga 18 bulan * Tekstur makanan : cincang * Minuman: Susu, air masak atau jus buah-buahan segar yang dicairkan (1 nisbah 5) * Makanan: Sama seperti keperluan ahli keluarga yang lain * Perlu dielakkan: Telur mentah, cili dan kerang-kerangan
Source : Berita Harian By : Siti Nur Almizan Aripin 27 Apr 2010

EMPAT TAHAP PEMAKANAN BAYI

SUSU ibu adalah makanan yang terunggul bagi bayi kerana ia mengandungi semua keperluan untuk tumbesaran bayi yang optimum. Bagaimanapun, bagi memastikan bayi menikmati kadar tumbesaran yang bersesuaian, ibu bapa dinasihatkan memberikan si kecil makanan pejal khusus untuk keperluan bayi bermula pada usia enam bulan. Memberikan bayi makanan sebelum usia itu tidak digalakkan kerana pemberian susu ibu termasuk yang dicampur dengan pengambilan susu formula sudah memadai. Malah, kajian mendapati sebelum berusia enam bulan, penghadaman bayi belum sesuai untuk makanan selain susu.
Bagaimana corak pemakanan yang bersesuaian untuk bayi pada peringkat umur berkenaan? Makanan awal yang selalu disyorkan ialah bijirin beras ditambah zat besi khas untuk bayi sebab ia mudah dicerna. Pengurus Perniagaan Negara Nestle Nutrition, Norean Sayers, berkata pemakanan bayi tidak boleh dipandang ringan kerana tumbesaran setiap kanak-kanak berkait rapat dengan pengambilan makanan seimbang yang bersesuaian dengan setiap peringkat umur.
\"Dari usia enam bulan, perlindungan daripada ibu kepada si manja mulai berkurangan. Sistem pertahanan semula jadi si manja mulai lemah ketika usia ini. Bijirin bayi yang bersesuaian dengan tahap umur bayi berkenaan harus difahami setiap golongan ibu. Pendedahan mengenai pemakanan bayi yang bersesuaian harus diperkenalkan,\" katanya Norean berkata, menyedari pendedahan yang kurang mengenai asas penting dalam pemakanan bayi, Nestle mengadakan satu pameran bas bergerak yang dinamakan Bas Dunia Si Manja merentasi kawasan luar bandar di seluruh negara.
Program itu bertujuan memberi pendedahan pembelajaran kepada golongan ibu terutama di luar bandar yang mana mereka boleh mendapatkan maklumat mengenai empat tahap perkembangan pemakanan anak, dan kepentingan BL Bifidus, probiotik yang baik untuk bayi. Pelbagai kajian dilakukan Nestle membawa kepada pengenalan bijirin bayi Nestle Cerelac yang menyediakan asas pemakanan bayi membabitkan empat tahap atau peringkat utama asas pemakanan bayi. Bijirin bayi dengan BL Bifidus membantu si manja mengekalkan sistem penghadaman yang baik, menyokong penyerapan nutrien penting yang optimal, seperti zink, zat besi dan vitamin A serta C yang membekalkan kebaikan semula jadi diperlukan untuk tumbesaran. Tahap pemakanan bayi berbeza mengikut peringkat umur bayi. Mereka mula diperkenalkan dengan makanan pejal selepas mencapai peringkat umur enam bulan ke atas diikuti lapan bulan ke atas dan satu tahun ke atas. Pada tahap ini corak pemakanan mereka berbeza mengikut peringkat umur. INFO
Tahap Satu - Enam bulan ke atas * Membantu peralihan si manja daripada susu kepada mula menikmati makanan pejal pertama. * Bijirin bayi Nestle Cerelac tahap satu diperbuat daripada bijirin semula jadi yang hampir tidak langsung menimbulkan sebarang kesan alahan. Menerusi proses CHE yang menguraikan karbohidrat dengan mudah, ia bukan saja lazat, malah mudah untuk dihadam. * Pada peringkat ini, antibodi di dalam badannya mungkin semakin berkurangan disebabkan si manja terdedah kepada pelbagai risiko. Tambahan BL Bifidus pada peringkat satu, mengoptimumkan penyerapan nutrien penting bagi menyokong perkembangan sistem pertahan.
Tahap Dua - Enam bulan ke atas * Selepas beberapa minggu si manja diperkenalkan dengan makanan pejal pertamanya, galakkan perkembangan cita rasa si manja dengan meneroka pelbagai rasa. * Bijirin bayi Nestle Cerelac tahap dua didatangkan dengan berbagai jenis bahan termasuk rasa baru buahbuahan dan sayur-sayuran. Makanan pejal pertama yang lembut ini sesuai untuk si manja. * Dengan meneroka tekstur objek yang dimasukkan ke dalam mulutnya, si manja terdedah kepada pelbagai risiko berbanding sebelumnya, seperti jangkitan pada usus yang boleh mengakibatkan cirit-birit. BL Bifidus pada peringkat dua membantu meningkatkan pembiakan bakteria baik di dalam usus si manja untuk mengekalkan sistem penghadaman yang sihat.
Tahap Tiga - Lapan bulan ke atas * Galakkan si manja untuk meneroka dan mengenali pelbagai jenis rasa dan tekstur. Ia juga boleh membantu memenuhi keinginannya untuk menggigit dan mengunyah. * Bijirin bayi Nestle Cerelac tahap tiga memperkenalkan si manja kepada tekstur makanan yang selamat, lazat dan berkhasiat. Diperbuat daripada cebisan isi ayam, ikan dan 100 peratus bahan-bahan semula jadi yang lain, ia membantu merangsang kemampuan si manja untuk mengunyah dan menelan. * Ketika tumbuh gigi, si manja akan mencapai sebarang objek untuk digigit sekali gus mendedahkan kepada jangkitan. BL Bifidus dengan gabungan zat besi, zink dan vitamin A dan C membantu menyokong perkembangan sistem pertahanan si manja. Tambahan lagi, BL Bifidus membantu mengekalkan sistem penghadaman yang sihat.
Tahap Empat - Satu tahun ke atas * Sediakan peralihan yang lancar untuk menikmati makanan pejal dan asas yang tepat untuk perkembangan dan pertumbuhan si manja. * Bijirin bayi Nestle Cerelac tahap empat menawarkan pemakanan seimbang untuk memenuhi keperluan nutrien harian si manja. Asid docosahaxaenoik (DHA), taurina, zat besi dan kalsium membantunya untuk menghadapi berbagai cabaran baru. * Sistem pertahanan si manja belum berkembang sepenuhnya sehingga usianya tiga hingga empat tahun. BL Bifidus membantu menyediakan asas yang tepat pada peringkat ini bagi menyokong perkembangan sistem pertahanan dan mengekalkan sistem penghadaman yang sihat. Ini akan membantu si manja untuk mengoptimumkan penyerapan nutrien yang diperlukannya untuk membesar dengan kuat dan sihat.
Source : Berita Harian By : Noor Azimah Romli 27 Apr 2010

LOOKING FOR A BABY SITTER....

Is hard to find a baby sitter yang memenuhi citarasa zaman2 sekarang ni.... SETUJU tak?
Not all BS yg jahat or suka dera baby yg di jaga tp jika tak bernasib baik dapatla yg macam tu kan... Now, becoz of nextweek Sya dah start keje.. Sya perlu mencari BS untuk Adam... oh god... it is actualy very hard to me to send my baby to BS but it must... my mother in law will come here to take care my baby but it just for a while..... sementara Sya nak dapatkan BS tuk Adam... n bila dah dapat my mother in law akan balik ke kampung semula... hmnmmm.... nk buat mcm mana... huhu... but really hope that i'll get a very lovely n wonderful baby sitter for Adam.. i tanakla berlaku sesuatu yg tak diingini pd anak i ni.... sure every mommy pun mcm ni kan fikirannye...
hmmm.... mana lah tau ada sesiapa yg nk kenalkan baby sitter pd Sya plz... area shah alam, bukit jelutong/puncak perdana/TTDI Jaya....
a lot of TQ... hehehheeee......

Wednesday, May 16, 2012

MADU NOT GOOD FOR YOUR BABY!!

Hi! today nak pampangkang satu fact ye.. ini cerita pasal sesuatu yang dianggap bagus tapi xbaik untuk baby yang berusia bawah 1 tahun... Sya bukak entry ni pun becoz baru je dapat info pasal benda ni... sebelum ni Sya tak tahu pulak yang MADU ni tak boleh di kasi pada baby untuk diminum even lite2 je... mother in law yang cakap okay.. hehheheee... so dah orang tua2 cakap gitu Sya pun takde la nak research2 lg info pasal MADU ni.. tup2 bila discuss kat wall solid food for baby dapat info yang pasal ni...
So tak de salahnya lahkan Sya share pulak di sini... boleh juga mother2 yg lain dapat info pasal ni especially utk mother2 yang belum tahu macam Sya jugak la...
KENAPA MADU TIDAK SELAMAT UNTUK BABY BERUSIA BAWAH SETAHUN?
Mari kita baca... Kebanyakan daripada kita percaya bahawa madu adalah makanan yang sangat berkhasiat.Namun tidak ramai yang tahu madu tidak selamat diberikan kepada bayi yg berusia bawah satu tahun.
Kenapa tidak selamat? Madu mengandungi spora dari sejenis bacteria bernama “clostridium botulinum” yang akan menyebabkan penyakit yang sangat merbahaya iaitu “Botulism Bayi”. Spora ini sukar dibunuh,tahan panas walaupun dididihkan untuk beberapa jam atau melalui proses penapisan.
Apa itu “botulism”? Botulism akan menyerang simtem saraf dan akan menyebabkan mata kabur,kelopak mata tertutup sedikit(droopy eyelid) dan kesusahan ketika bernafas dan menelan air liur.Ia juga akan menyebabkan muntah2,cirit-birit dan sakit badan.
Kenapa tidak digalakkan diberi kepada bayi? Usus bayi merupakan persekitaran yang sesuai untuk spora ini.Apabila madu ini dimakan,ia akan membiak dan akan menghasilkan sejenis toksin.Toksin ini akan diserap masuk ke dalam usus bayi yang masih tidak matang dan menyebabkan “botulism”.
Apa yang akan berlaku sekiranya bayi saya mendapat “botulism”? Terdapat sesetengah kes botulism bersifat ‘sederhana’,dan sesetengah lagi bersifat ‘merbahaya’ sehingga menyebabkan kematian.Kemuncak umur untuk penyakit ini ialah 2 hingga 4 bulan.Tetapi risiko tetap ada pada umur 1 minggu hingga 11 bulan.Secara kesimpulannya madu tidak digalakkan diberi bawah umur 1 tahun.
Simtom-simtom: 1. Simtom perut yg berbeza dari kebiasaan(unusual gastrointestinal symptom),berkemungkinan disebabkan oleh sebarang keracunan makanan atau makanan tercemar. 2. Kepenatan (lethargy,weakness) 3. kesusahan untuk mengawal kepala(loss of head control) 4. pertukaran nada nangis(altered cry)
Kebiasaannya,simtom akan muncul dalam jangka masa 18 hingga 36 jam.JIka muncul simtom2 ini segeralah menghubungi pakar kanak2 atau doktor anda.Jika tidak segera mendapatkan rawatan,simtom akan berlanjutan sehingga menyebabkan lumpuh tangan,kaki,badan dan otot pernafasan
Bagaimana pula dengan orang dewasa? Jawapannya,madu adalah selamat untuk orang dewasa.Ini adalah kerana usus orang dewasa mengandungi acid yang cukup untuk menyahkan toksin yang dihasilkan oleh spora ini. -credit to Adorable Eusoff-

Monday, May 14, 2012

report on 23 May

Alhamdulillah dan syukur sangat-sangat... xada apa lagi yang main dalam kepala ni melainkan rasa syukur dan gembira sbb diterima bekerja di situ dan 23 May bersama hari Rabu nextweek Sya dah start kerja di Maybank... maybe on that day ada brief sikit dulu about my job there... waaa.. im too excited.. heheeee.... bye bye tempat keja lama.... rezeki untuk Adam la ni... alhamdulillah... semoga segalanya dipermudahkan... tapi nampaknya mulai sekarang Sya n husband dah kena start mencari baby sitter la for my baby Adam.. alahai.... sebenarnya sangat2 lah berat hati tuk hantarkan kepada pengasuh. bukan apa,, sekarang ni dah macam2 cerita yang Sya dengar bila anak ditinggalkan kepada pengasuh... kena dera la.. kena pukul la... omg.. minta dijauhi dari semua tu... not all baby sitter mcm tu but kalau tak baik nasib kita terkena la pengasuh yg macam tu.... mudah2-an Sya dapat cr pengasuh yang dpt menyayangi Adam macam anak kandung dia sendiri... mudah mudahan.... :)