Monday, May 9, 2011

Penerbit mana??

Penerbit mana yer Sya Haina nak pilih? 

ermmm... husband beri pendapat supaya sya pilih Alaf 21... Alaf 21 pun nama besar... sya okay aje. cuma risau kalau di reject. kan pe sya baru lagi dalam bidang ni... 

Kalau in10's camane? 

takpun Media PRima?

eeemmmmm.....

susahnya nk pilih....

lahai....





Terlepas pandang yang harini dah 10hb!!!

sekarang awal-awal pagi sya dah ada kat MSU.... (Mgt. Science University) tempat husband bekerjaya... alahai boring nya hidup sya waktu ini sementara nk tunggu pukul 10... Japgi kol 10 nak kena gi campus UiTM, Shah Alam sbb nak amik jubah.... 

Harini dah 10hb rupanya... isy2... entah sya tgk kalendar taun bila la sebelom ni sbb dalam kepala sya dah set 10hb tu hari Rabu... so bila husband tanya bila amik jubah, sya just cakap 'Rabu'...

Alih-alih rupa-rupanya Rabu dah 11hb... semalam selewat-lewatnya baru sya tahu. itupun sbb member sya terbagitau bila sya cakap sya amik jubah 10hb, Rabu.... 

Mak ai.. semalam kemain terkejut beruk sya bila dapat tau rupa-rupanya harini sya amik jubah sebenarnya.. kalau tak telopeh la sya... tak pasal kena merayu lak nk amik jubah kalau telopeh....

apepun bersyukur terbagitau member n dia pun terbagitau sya gak.. tq yer Kila.... hehheeee...





Sunday, May 8, 2011

Buat penulis2 baru....




Seorang ustaz pergi ke pejabat sebuah penerbit agama dan berjumpa dengan tuan punya penerbit itu. Memang begitulah, penerbit buku-buku agama di negara kita masih 'one man show' di mana dia kontrol serba-serbi urusan perniagaannya.

“Saya ada dua buku,” kata si ustaz. “Satu buku 'Asas-asas Fiqah', satu lagi buku 'Doa-doa Penerang Hati'.

“Buku macam itu tidak laku, ustaz. Susah mahu jual,” kata si penerbit. “Kalau ustaz mahu, dua buku satu ribu, bolehlah.”

Ustaz itu pun menyerahkan disket yang mengandungi dua bukunya itu. Si penerbit membuka laci mejanya dan mengeluarkan wang tunai RM1 ribu. Disket dan wang itu pun bertukar tangan.

Kalau buku itu tidak laku, mengapakah tanpa banyak soal-jawab, si penerbit sanggup membelinya?

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

................................................................................................................... 

PENULIS DITIPU!!


Entah apa agaknya yang terjadi sehingga berlakunya sedemikian rupa? Ini adalah keluhan sang penulis yang ditipu oleh syarikat penerbitan berkenaan. Terjumpa ketika mencari bahan, ia disiarkan di laman sesawang The Red Mummy. Artikel penuh boleh dibaca di sini.

Inilah fenomena yang melanda dunia penulisan tanah air. Antara Kes-kes tersebut:

1) Bukan itu sahaja, malah ada karyanya yang dihantar kemudian diterbitkan di bawah orang lain pun ada atas alasan nama penulis sebenar tidak dikenali;

2) Karya dibeli secara lump sum;

3) Melalui pembayaran
royalti; (Kredit : Universiti PTS)

4) Perjanjian tidak diberikan kepada penulis;

5) Naskhah novel yang sudah diterbitkan lebih sekali, tapi tidak dimaklumkan kepada penulis atau jumlah sebenarn tidak dimaklumkan;

6)
Klik di sini untuk mengetahui banyak lagi cara (Kredit : FB Pn Ainon)

Antara tips untuk mengenali penerbit yang berisiko tinggi.
Sila klik di sini (Kredit : FB Pn Ainon). Untuk menjaga hakcipta, sila klik sini (Kredit : Fauzul Na'im). Sebelum ini kes novel Hartini, (Kredit : Nisah Haron Online) karangan Aziz Afkar menjadi isu yang paling besar dalam industri penulisan tanah air. Walaupun sehingga penulisnya meninggal, (Kredit : MStar Online) hanya sebahagian besar sahaja tuntutannya diperolehi dan diselesaikan di luar mahkamah. (Kredit : Blog Sweet Darling, anak kepada aruah Aziz Afkar).

Sila baca juga kisah Ahadiat Akashah.

Selain itu menjadi tanggungjawab penulis untuk membaca patah demi patah perkataan dalam perjanjian. Kalau tidak, penulis tidak akan tahu apa yang terkandung dalam isi perjanjian tersebut. Jangan jadi penulis yang tidak mahu mengambil tahu akan perkara-perkara yang penting sebegini. Banyak sudah kes yang terjadi melibatkan perjanjian    - dari blog AVA



 .......................................................................................................................................

Jadi Kepada Semua Penulis Novel , expecially yg baru2... Sya nak nasihatkan :
BERHATI-HATI YA MEMILIH PENERBIT!!





Maka Hari Ini Lahirlah CERITERA SYA HAINA

Belog lama Sy telah hapuskan... makan lahirlah belog baru ini....

CERITERA SYA HAINA..

Yeahhhhhh!!!!  


harapnya dapatlah berkongsi apa2 saja dengan semua...