Friday, August 31, 2012

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YANG KE- 55 MALAYSIA!

Tak terlewat kan aku ucapkan kepada semua rakyat Malaysia --> SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-55 pada 31 August 2012 kelmarin bersamaan hari Jumaat...
Teringat waktu zaman persekolahan beberapa tahun yang lalu... waktu tu sambutan kemerdekaan tersangatlah meriah... dengan percikan bunga api. dengan semangat kebanggaan laungan kemerdekaan didengarkan... sememangan momen itu takkan dapat dilupakan sampai bila2....
Tapi sekarang ni aku rasa sambutan kemerdekaan dah tak semeriah dulu.... kenapa? aku tertanya2... aku dapat rasakan setiap sambutan perayaan di Malaysia sekarang ni tak kisahlah perayaan apapun, unsur POLITIK lg hebat diperdebatkan... Aku tak nak bermusuh dengan politik... tp kenapa nak memperdengarkan perkara2 yang sudah berulang kali diperdepatkan tatkala kita SATU MALAYSIA ni nk menyambut perayaan besar begini???? hmmmm...... semoga rakyat dan pemerintah tak terlalu taksub dgn taburan janji sebagainya kerana walau diagihkan berjuta2 ringgit pun kepada rakyat, masih ada yang menderita kerana kekurangan bermacam2 perkara...
AKU MAHU MELIHAT MALAYSIA YANG AMAN MAKMUR SELAMANYA
lagi sekali. SELAMAT MENYAMBUT KEMERDAKAAN YG KE-55 TO ALL MALAYSIAN!!! AKU SAYANG MALAYSIA!!

Saturday, August 25, 2012

Esok dah Ahad???

Hahahhh..... Pejam celik pejam celik cuti seminggu for Raya dah pun nak habis... tinggal sehari ja lagi.. Dah tak excited la nak tido coz t bangu pagi dah masuk hari baru and Monday kembalilah bekerja... uuuwaaaa.... feel like heaven stay at home.... Bila lagi gaknya nak dapat cuti panjang gini lagi yek??? Raya Haji... hmmm... kemungkinan tak rasanya... takpelah.. kerjalah selagi ada kudrat utk bekerja ye tak...selagi bulih kumpul uwangnyeeee.. hehehheeeee.... Okes.. untuk kawan2 yang bakal bekerja esok (utara) dan Isnin lusa ni, SELAMAT KEMBALI BEKERJA ye.... jangan malas2 macam aku ni... hiiii.... ;)

Nirwana Band - Sudah Cukup Sudah ( Official_Original Video Clip )



Best lagu ni even banyak kali ulang dengar... cuma part girl tu jerit je yg xbest cket.. huhuuu.. apepun layannzzzzzz........

Sunday, August 12, 2012

SALAM AIDILFITRI

To all blogger... Salam Aidilfitri!!!!
Ingat semua. Jangan nak main mercun.... dah banyak kes berlaku... jangan masukkan nama anda dalam senarai mangsa2 yang terkena mercun okeyh!!!

Jadikan sebagai iktibar....

Ada yang ini aku kongsikan di sini..... aku terbaca satu kisah yang para ibu share kan dalam salah satu laman sosial dimana, seorang ibu telah kehilangan bayi yang berusia 10bulan kerana lemas bantal.
Kadang2 kita tak perasan tentang barang2 disekeliling kita boleh mendatangkan bahaya kepada anak2 kan... Macam aku sendiri pun risau sebenarnya dengan tabiat 'pelik' Adam yang gemar letakkan bantal mushuk dia tu atas muka.. lepas tu dia akan depang2 tangan seolah2 dia lemas kerana bantal tu dah tutup muka sendiri... yes! aku percaya yang mmg disebalik tabiat tu, bila hidung tertutup dgn bantal tu Adam susah nk bernafas sbb tu dia depang2kan tgn.... dan selepas cepat2 aku atau sesiapa saja kelam kabut angkat/tarik bantal tu, otomatik Adam akan ketawa... macam main2... Ya Allah.... buntu aku nak buat macam mana sbb mmg itu tabiat dia... n now bila dah ada kes macam tu... Aku jadi trauma.. takut... tp cuba minta dijauhi dari sebarang malapetaka..
Sedih sangat bila baca tentang ibu yang kehilangan bayinya kerana kejadian seperti ini.. Takziah kepada keluarga mangsa dan Al-Fatihah kepada bayi.... semoga keluarganya tabah menghadapi ujian ini.. dekat nak raya pulak ni kan... Aku faham, sebagai seorang ibu, pasti rasa sedih itu tetap menyelubungi tapi percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Semoga para ibu bapa mengambil cerita ini sebagai iktibar... kita kena alert pada setiap pergerakan anak2.... dan aku sendiri akan cuba mengawal Adam supaya tidak terlalu beriya bermain dengan bantal mushuk nya tu... insyaallah....

Habiskan masa di rumah...

Hujung minggu macam ni bila en husband kerja aku pun jadi penunggu rumah jela.... nak buat camana kan, nak keluar malas sbb kena drive sendiri... tgk tv n layan keletah lil'prince Adam ajelah....
Lepas mandi kan Adam tengahari tadi aku siapkan puree... kali ni puree epal... nampak macam Adam betul2 menikmati... hehehee... adalah sempat 'terakam' momen2 suapkan si tecik ni makan tadi.. hehehhehee..... tp nk upload sini takbulih lak... takpe layan pic2 jelah ek....

Friday, August 10, 2012

TQ cayang coz celebrate My 25th Birthday....

7 August 2012 - genap usia aku 25 tahun... Terima kasih & syukur ke hadrat Ilahi kerana sehingga keusia ini aku masih bernafas... terima kasih mak kerana melahirkan dan membesarkn aku... Arwah abah yg sgt aku rindui... Al-fatihah dan semoga ditemptkn dikalangan org2 yg beriman.... terima kasih kerana menyayangi aku selama ini.... kpd adik beradik ku, keluargaku, suami tercinta, anak, dan kwn2 yg sentiasa mmberi sokongan.. jatuh atau bangunku kalian ttp sentiasa menyokongku... aku sentiasa sygkan korang semua... n baru ni adik & husband dah celebrate bufday aku.... tq ye... lov u all....
me & my husband with our belove lil'prince, Adam
me, adik n Adam cayang
mix cake mcm ni baru sempoi boleh tukar2 selera... TQ so much dear!
Adegan suap menyuap. hehee
me n mysis..
we again...
ini anak abah namanya... layannzzzzzzz...... thanks again dearest!! and last but not least, really hope for the happiness in my life forever forever forever... hahhh.. triple forever gitu kan... =)