Wednesday, November 9, 2011

Kakiku dipotong hanya kerana seekor ikan!

Dah baca belum Mastika November 2011?
Cover page ada gambar kucing berwarna putih bertompok yang kudung kakinya!

 (Cover Mastika November 2011)

Dan.... Kalau ada yang tak terlepas pandang dan mendengar di kaca televisyen haritu (Buletin Utama) pun ada menyiarkan kisah kucing putih  bertompok ni. Sangat menyedihkan....

Kakiku dipotong hanya kerana seekor ikan!

Zalim!!! Sungguh zalim bunyinya kan???

Inilah kisahnya seekor kucing yang diberi nama Hero!
Kucing malang yang dipotong 2 kakinya kerana sudah mencuri seekor ikan di sebuah kedai berhampiran tempat dia dibuang.
Ya Allah... kejam sungguh si empunya diri yang tidak berotak yang dah buat Hero macam ni... Dek kerana akal terlebih 'cerdik' nya itu, dia sanggup memilih untuk mengzalimi seekor kucing hanya kerana marah ikan jualannya dicuri.

Berapa sangatlah harga seekor ikan itu hingga dia sanggup melakukan perbuatan kejam tu kan?  

Tengok ni!!!

Comel kan? 
Sanggup ke kamu potong dua kakinya tu? lepas tu,
sanggup ke kamu dengar dia meraung kesakitan akibat perbuatan kamu tu?

Ya Allah.. tak habis fikir Sya bila dengar kisah si Hero yang kudung kakinya akibat perbuatan kejam si anasir bodoh tu!! waktu tu Sya di Kedah. menonton tv bersama mak dan keluarga yang lain.  Mak dah mula menangis sebab sedih dan kasihan tengok Hero dan tuannya (Encik Hairey yg selamatkan Hero). Sya turut mengalirkan air mata. tak sangka masih ada lagi yang mengambil berat tentang nasib kucing malang ini. Terima kasih tidak terhingga kepada empunya diri , Encik Hairey (Papa Hero) kerana sudah menyelamatkan kucing malang ini...

Inilah Hero yang sudah sihat sekarang walaupun 2 dari kakinya sudah kudung namun Hero kelihatan gagah bergerak, melompat, berjalan dan bermain seperti kucing2 lain! 

Kepada sang pendera kucing, nantikan azab anda di sana...
cuba bayangkan anda berada ditempat kucing itu pula?
.........................................................................................................................................................





Anda kelaparan.. mencari makanan... 
Kemudian terjumpa ikan di dalam bekas2 di depan mata anda.... 
Anda memandang ke perut anda yang kosong dan minta di isi.. 
Anda memandang kembali bekas berisi ikan itu dan berselang seli dengan tubuh2 manusia yang sedang berdiri kaku meminta belas kasihan dan simpati mereka.... 
Namun mereka, langsung tidak menghiraukan anda yang kelaparan....

Anda akhirnya mengambil jalan mudah dengan men'curi' hanya seekor ikan di dalam bekas itu... Hanya seekor sahaja.... seekor.......dengan harapan anda tidak akan lapar kemudiannya...
Tapi tiba2... salah satu tubuh manusia itu terus menangkap anda... memaki hamun anda... menampar2 kepala anda.... kenapa? Lalu anda tercari2 jawapannya dan akhirnya anda mengerti... 
Kerana ikan2 itu adalah milik mereka... milik mereka!!! bukan milik anda.....
Anda cuba sedaya upaya hendak melepaskan diri.... 
Anda sedaya upaya hendak meminta maaf darinya... namun mulut anda hanya boleh 'mengiau'....
mengiau....
dan 
mengiau....
anda memandang dia...
degupan jantung anda menjadi semakin kencang...
anda ketakutan...
anda mengiau lagi....
tapi...... dia.....................

.......................................................................................................................................................


Subhanallah............
Alhamdulillah...
Terima kasih Ya Allah...
Aku bersyukur...
Aku masih berada di muka bumi ciptaan Mu!

No comments:

Post a Comment