Sunday, October 9, 2011

Aku kehilangan Lala...

Ya Allah... baru kelmarin aku rasa sikit gembira bila Lala kembali setelah dua hari menghilangkan diri... tapi ternyata kegembiraan ni hanya bertahan hingga ke hari ini... usaha untuk menyelamatkan  Lala tidak berjaya..
Betul juga kata mak, mungkin dah ajal Lala.... masanya dah sampai dan Lala munkin nak pergi di rumah sendiri... hmmm.. waktu ni Sya sedih sangat2... teringat kenangan dengan Lala... begitu jugak dengan Lulu dan Gaga yg dah menghilangkan diri... bila tengok pic2 dengan mereka ni keluar jua airmata... teringat betapa manjanya Lala dengan Sya n Imran... teringat kenakalan Lulu walaupun sesekali ada sifat manjanya tu... dan teringat Gaga yg penuh dengan sifat keibuannya..... 

Kata orang orang kucing yang sayangkan tuannya atau bila tuannya terlalu sayangkan dia, sesetengah dari mereka, bila tiba ajalnya dia akan pergi (keluar dari rumah) kerana taknak tuan dia melihat dia... dan ada juga yang 'pergi' ketika di sisi tuannya.. dan itulah yg menyedihkan Sya... 

Hmmm... walau apapun Sya harap sangat Lulu dan Gaga masih boleh menbawa diri dan menjaga keselamatan mereka... rindu mereka sangat... T_T

No comments:

Post a Comment