Saturday, October 22, 2011

Al-Fatihah kepada sahabatku!

Sedih tak tahu nak cerita macam mana.... Sahabat baik husbend.. juga sahabatku sudah pergi ke rahmatullah.... menghadap Ilahi yang satu... Innalillahiwainnailla hirojiun.....
Al-Fatihah buatnya dan semoga rohnya dicucuri rahmat....

Hari Khamis, malam jumaat lebih kurang pukul 8 lebih waktu husbend dapat panggilan. terkejut bukan kepalang bila orang yang call tu beritahu sabahat dia meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.. Ya Allah... Sya waktu tu tengah tunggu husbend meeting dalam kereta bila dah diberitahu pun terkejut sangat2.. teringat balik time Sya kahwin dengan husbend, arwah yang jadi pengapit husbend... Macam tak percaya sebab baru sangat rasanya jumpa dengan arwah. dan yang sedihnya bulan 12 ni, arwah pula sepatutnya berkahwin..... (harap keluarga arwah, Maklang/Paklang dan adik beradik yang lain banyak2 bersabar.)
Mungkin dah ajalnya... semoga arwah ditempatkan disisi orang2 yang beriman.
Cuma di sini Sya agak kesal dengan situasi yang menyebabkan berlakunya kemalangan di mana dipercayai arwah yang menunggang motorsikal dari Kedah menuju ke Penang, melanggar belakang sebuah lori yang parking di laluan kecemasan (laluan yang selalu motorsikal guna-highway)... tanpa pasang emergency lamp pulak! 
Geram betul dengar. Driver lori terus cabut lari.... waktu tu dengarnya hujan jadi jalan malam memang lah tak jelas... kenapa dia tak pasang lampu emergency? rosak ke?

Selalu sangat dengar berita kemalangan macam ni.. Berpunca dari lori2 yang tak endahkan keselamatan orang lain. Berhenti di laluan kecemasan... Tak pasang lamp... yang jadi mangsa orang lain... 
Ya Allah... semoga apa yang berlaku dijadikan iktibar buat sesiapa yang membaca...
walaupun kita drive penuh berhati2 atau confident berada dilorong yang betul, kemungkinan masih ada sesuatu yang menjadi punca kepada berlakunya sesuatu tragedi... maka, dalam apa jua keadaan berwaspada dan berhati2lah.... 

Al-Fatihah...



No comments:

Post a Comment