Sunday, September 11, 2011

TRAGEDI 11 SEPT

Masih ingatkah anda tentang tragedi 11 Sept 2001?






Tahun ini, (11.9.11) genap 10 tahun tragedi dasyat itu berlaku.... dan kesannya masih dirasakan hingga kini. ada yg trauma kerana melalui sendiri pengalaman tersebut dan ada yg hingga skarang masih menyimpan rasa sedih kerana kehilangan orang yg tersayang.... 
Setahu Sya,
Kejadian start di mana berlaku nya perlanggaran ke atas 2 menara World Trade Centre (WTC)  dan mengakibatkan banyak jiwa terkorban. Bangunan WTC yang gah dahulunya kini hanya tinggal sejarah...

Peristiwa atau tragedi 11 Sep 2001 telah membuka sebesar-besarnya mata semua pihak di dunia. ada yg cuba merungkai tragedi itu berpunca dari mana dan siapa. ada yang menunding jari ke arah pihak lawan dan ada yang cuba membuktikan sesuatu dari pelbagai aspek yg dirasakan logik. namun kebenarannya masih menjadi tanda tanya sehingga sekarang walau ada yg berkata ianya tepat namun ada yang masih tidak berani memperkatakan tentang punca kejadia itu.

Sya sendiri pada mulanya tidak mahu terlalu mengambil peduli tentang kesasihan cerita2 berkenaan puncanya tragedi 11 Sept ini tapi alangkah baiknya sekiranya Sya share kan pendapat2/kenyataan2/cerita2 yg Sya perolehi mengenai tragedi 11 Sept itu dengan anda semua bersempena dengan 10 tahun genapnya tragedi 11 sept itu.. supaya semua pihak mengambil iktibar dr apa yg telah berlaku....

TQ to  blogger di atas info yg dikongsikan : KEMBARA MAHASISWA

Daripada kajian yang telah dijalankan bersabit tragedi ini, kebenaran telah berjaya dibuktikan dimana sebenarnya apa yang berlaku merupakan pemusnahan terancang dimana bahan letupan telah dipasang terlebih dahulu didalam bangunan tersebut. ini kerana sejurus berlaku rempuhan keatas menara pertama dan kedua kita hanya menyaksikan kebakaran kecil dan dimana ramai mangsa yang berada di aras tersebut selamat.
Namun persoalannya bagaiamana tiba-tiba ianya mampu menyebabkan bangunan keluli padat musnah dan runtuh?? Ianya sebenarnya merupakan rancangan jahat dan propaganda Amerika dalam usahanya menguasai dunia dan terutamanya memusnahkan Islam. Sejarah membuktikan Amerika telah kalah teruk pada perang Teluk, jadi mereka telah mmbangunkan sistem pertahanan dan ketenteraan yang canggih dalam usaha mengembalikan maruah mereka dimata dunia selain membalas dendam atas aib yang menimpa mereka. Pada kejadian itu juga dikatakan berlaku rempuhan kapal terbang keatas Pentagon. Persolannya kini,

1. Pentagon yang hanya beberapa tingkat tingginnya pastinya akan musnah sebagaimana WTC yang cukup tinggi musnah akibat perlanggaran kapal terbang ini, tetapi kenapa perkara ini tidak berlaku?? Mengapa??

2. Mengapa sistem radar di pentagon yang boleh mengawal dan melihat penerbangan dalam jarak lingkungan 200 km tiba-tiba tidak berfungsi??

3. Mengapa 300 kamera yang terdapat disekitar Pentagon gagal merakamkan gambar kapal terbang terbabit??

4. Dimanakah rangka kapal terbang tersebut setelah perlanggaran tersebut??

5. Adakah mampu untuk kapal terbang sebesar itu untuk terbang rendah begitu lama sebelum melanggar Pentagon??

6. Mengapa missle yang dipasang di sekitar bangunan Pentagon itu tidak memusnahkan kapal terbang itu sebelum melanggar Pentagon??
Mengikut fakta, sepatutunya missle yang dipasang disekitar Pentagon yang berfungsi memusnahkan objek yang mendekatinya sebaliknya daripada peristiwa itu ianya gagal berfungsi. Sistem keselamatan yang terdapat di Pentagon adalah yang terbaik didunia dengan sebanyak 300 kamera yang terdapat selain missle yang terdapat serta radar yang dapat mengesan penerbangan dalam luang lingkup 200 km sekeliling. Ini sebenarnya strategi Amerika Syarikat di bawah pentadbiran George W.Bush untuk menguasai dunia dan memusnahkan Islam dan penganut Islam. Sejarah telah membuktikan kemenangan umat Islam keatas Amerika Syarikat menerusi perang Teluk. Jadi mereka mencari helah untuk membalas dendam.

Sebaik peristiwa itu, Bush telah mengisytiharkan bahawa mereka adalah polis dunia dan terpaksa melancarkan peperangan ke atas Osama bin Laden dan Al-qaeda kerana mereka adalah pengganas. Mereka juga telah terus melabelkan umat Islam semuasebagai pengganas dan pelbagai penindasan telah diberikan ke atas umat Islam. Mereka telah melancarkan operasi ketenteraan keatas Iraq dan Afghanistan atas dasar membasmi pengganas dan mengaitkan Iraq dengan operasi nuklear. Ini sebenarnya adalah propaganda jahat dari Barat untuk menebus maruah masyarakat Amerika yang dipandang rendah sejurus kekalahan pada Perang Teluk yang lalu. Namun umat Islam tidak peka dan sensitif dengan apa yang berlaku sehingga menjadikan seperti tiaa apa-apa yang berlaku. Hal ini cukup memberikan kemegahan dan keselesaan kepada Amerika Syarikat untu terus bermaharajalela tanpa tekanan.

Persoalan seterusnya ialah:-
1. Dimana kesatuan umat Islam tatkala berhadapan dengan isu ini??

2. Adakah kita lupa bahawa kita pernah menguasai 2 per 3 dunia. Bukan itu sahaja, sejarah telah membuktikan kesatuan negara Islam telah memusnahkan Amerika pada Perang Teluk.

3. Kini dimana kesatuan kita??

4. Adakah kita meredhakan semua yang berlaku ini??

5. Adakah benar Islam mengejar umatnya menjadi pengganas??

Pimpinan negara umat Islam semuanya terus tunduk dan tidak sanggup bersatu kerana memikirkan kepentingan peribadi sekaligus sanggup melihat agamanya di perkecilkan dan terus dilabel sebagai pengganas. Maruah umat Islam hari ini terus diinjak-injak oleh musuh Islam terutamanya Barat tanpa kita bertindak ke atasnya kerana kita hari ini lebih sibuk membicarakan dan berjuang bagi kepentingan parti politik dan agenda peribadi dari memperjuangkan soal Agama. Biarpun memilik parti berasaskan Islam di Malaysia yang diharap dapat memainkan peranan dalam memartabat Ummah sebaliknya mereka terus dengan agenda politik mereka dan gagal memainkan peranan berkait isu ini. Pertubuhan-pertubuhan Islam yang begitu banyak di Malaysia pula yang mengambil alih tugas itu. Namun apa yang menyedihkan adalah mereka juga tidak bersatu. Oleh itu, umat Islam harus bersatu untuk menghadapi isu ini sekaligus bersatu untuk menguasai dunia sebagaimana satu masa dahulu dengan jalan yang digariskan oleh Allah sekaligus menjadi tamadun yang dihormati dan disegani. Ini dapat dicapai sekiranya semua pertubuhan agama dan parti politik mengetepikan perbezaan yang wujud dan segala agenda peribadi sebaliknya bekerja dan bersatu atas suatu persamaan agenda iaitu memperjuangkan Islam. Bangunlah wahai mujahidin sekalian. Mari bersama kita tegakkan syiar Islam. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment