Wednesday, September 7, 2011

ALAHAI MERCUN

Sedang kita bersenang-senang hati menyambut Syawal ni... telinga masih terdengar2 berita tentang kemalangan, kecederaan dan malapetaka bukan saja perihal kemalangan di jalan raya tapi yg berkaitan dengan 'MERCUN'.... isy2x.... 

Salah siapa jika mercun masih ada ditangan kamu? tangan si kecil kamu? tangan rakan2 kamu? tertanya-tanya juga Sya bagaimana dan dari mana mercun2 membawa malapetaka ini wujud dan muncul.... tak terfikir tentang betapa bahayanya ia?

Terbaru ini ceritanya.....




Seorang kanak-kanak hiperaktif melecur di muka dan dua jari tangan kanannya angkara bermain mercun roket yang ditemui di jalanan di sebuah rumah di Kampung Banggol Ara, Chicha, Pasir Mas kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 6 petang, mangsa, Mohd. Shafiq Mohd. Laili, 9, melecur teruk di muka, ibu jari dan jari telunjuk pada tangan kanannya.
Mangsa dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.
Anak kedua daripada enam beradik itu dikatakan terjumpa mercun roket itu ketika dalam perjalanan membeli gula-gula di kedai berhampiran rumahnya.
Mohd. Shafiq membawa pulang mercun tersebut dan bermain bahan letupan itu di halaman rumah.
Sumber maklumat : http://komso.com my/

Jadi kepada siapa hendak kita menunding jari? kepada diri sendiri? ibu bapa? rakan2? jiran tetangga? 

dan entah berapa ramai lagi yang akan menjadi mangsa angkara 'mercun' ini? esok, lusa, minggu depan, bulan depan, tahun depan?? bila ianya akan berhenti???

No comments:

Post a Comment