Thursday, September 8, 2011

CUT TARI MENINGGAL DUNIA???

Hah... Anda kenal dengan siapa yg namanya Cut Tari ini? org Malaysiakah? hmmm..... bg sesiapa yg mengenali 'nama'nya mestilah tahu yang dia bukanlah rakyat Malaysia tapi pernah namanya naik bersama2 nama Ariel Peterpan diatas 'perkara/konterversi' satu  masa lalu..... 

Apa motifnya Sya paparkan berita tentang Cut Tari ni yer?

INILAH BERITANYA! (baca dulu...)


2011/09/08
JAKARTA: Aktres yang dikaitkan dengan skandal penyebaran video lucah bersama vokalis kumpulan Peterpan Nazriel ‘Ariel’ Irham, Cut Tari dilaporkan meninggal dunia ketika menjalani penggambaran di Jakarta semalam.

Akhbar harian Kompas menyatakan, berita kematian Cut Tari menimbulkan kekecohan dikalangan peminatnya di Indonesia yang mahu mengetahui perkembangan lanjut serta punca kematiannya.
Lebih mengelirukan, sehingga kini tiada pengesahan daripada keluarga Cut Tari mengenai perkara itu, manakala aktres itu sendiri tidak dapat dihubungi.
Kompas melaporkan khabar angin kematian Cut Tari tersebar selepas beredarnya pesanan ringkas ‘berantai’ melalui Blackberry semalam yang berbunyi:

“Inalillahi, berita duka daripada artis Indonesia yang terbabit dalam kes video lucah Cut Tari menghembuskan nafas terakhir di Hospital Medistra Tebet Jakarta Selatan jam 2.27 petang ini. Dia dibawa ke hospital sejam sebelum itu dalam keadaan tidak sedarkan diri. Semua doktor yang merawat beliau belum dapat menyatakan punca kematiannya, manakala keluarga Allahyarham meminta agar jenazahnya dibedah siasat.”

“Pesanan ringkas itu kemudian disusuli berpuluh kiriman melalui Twitter oleh peminat Cut Tari yang mahu mengesahkan mengenai berita kematiannya, sebilangan mereka tidak percaya dengan berita itu dan menganggapnya hanya khabar angin,” kata Kompas.

Bagaimanapun, satu akaun Twitter yang dinamakan sebagai Cuttarytweet, kemudian memaklumkan bahawa berita itu tidak benar.
“Cut Tari dalam keadaan sihat dan tiada sebarang masalah berlaku. Dia sedang menjalani penggambaran untuk satu rancangan televisyen di Jakarta,” katanya.

Kenyataan itu kemudian disahkan akaun pengurusan Cut Tari @icontalentmgmt yang menyatakan aktres itu sihat, manakala berita yang disebarkan adalah palsu.


HMMMM....... kenapa jadi begini? perkara hidup dan mati berjaya dimain2kan individu2 yg bertanggungjawab.... elok ke buat mcm tu? Cut Tari tu dahlah femes.... boleh pulak perkara mcm ni dibuat main2.... mahunya berlaku kpd sedara mereka sendiri bagaimana? Sya walaupun xberapa kenal siapa Cut Tari tu dan maleh nk fikir pasal kontreversi2 nyer tu tetap rasa perkara ni sesuatu yg tak masuk akal untuk dibuat main2..... kasihan nyer tu kan.... 
p/s : Ajal maut ditangan Allah SWT..... jika betul meninggal maka kita harus berdoa untuk nyer... jika betul tidak semoga dipanjangkan usia nyer.... itu ajelah...
MOTIP????? pening~


No comments:

Post a Comment