Sunday, August 12, 2012

Jadikan sebagai iktibar....

Ada yang ini aku kongsikan di sini..... aku terbaca satu kisah yang para ibu share kan dalam salah satu laman sosial dimana, seorang ibu telah kehilangan bayi yang berusia 10bulan kerana lemas bantal.
Kadang2 kita tak perasan tentang barang2 disekeliling kita boleh mendatangkan bahaya kepada anak2 kan... Macam aku sendiri pun risau sebenarnya dengan tabiat 'pelik' Adam yang gemar letakkan bantal mushuk dia tu atas muka.. lepas tu dia akan depang2 tangan seolah2 dia lemas kerana bantal tu dah tutup muka sendiri... yes! aku percaya yang mmg disebalik tabiat tu, bila hidung tertutup dgn bantal tu Adam susah nk bernafas sbb tu dia depang2kan tgn.... dan selepas cepat2 aku atau sesiapa saja kelam kabut angkat/tarik bantal tu, otomatik Adam akan ketawa... macam main2... Ya Allah.... buntu aku nak buat macam mana sbb mmg itu tabiat dia... n now bila dah ada kes macam tu... Aku jadi trauma.. takut... tp cuba minta dijauhi dari sebarang malapetaka..
Sedih sangat bila baca tentang ibu yang kehilangan bayinya kerana kejadian seperti ini.. Takziah kepada keluarga mangsa dan Al-Fatihah kepada bayi.... semoga keluarganya tabah menghadapi ujian ini.. dekat nak raya pulak ni kan... Aku faham, sebagai seorang ibu, pasti rasa sedih itu tetap menyelubungi tapi percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Semoga para ibu bapa mengambil cerita ini sebagai iktibar... kita kena alert pada setiap pergerakan anak2.... dan aku sendiri akan cuba mengawal Adam supaya tidak terlalu beriya bermain dengan bantal mushuk nya tu... insyaallah....

No comments:

Post a Comment