Friday, May 18, 2012

MAKANAN PERTAMA BAYI ANDA

Adam dah 4 bulan.. so dah tak lama lg masuk 6m++ dah boleh start makan makanan lain.... so Sya saje ringan tangan search siap2 apa yg patut.. heheee... n dptlah info ni.... harap dapat membantu la mommies kt luar sana.... =)
INFO Carta pemakanan si kecil
Enam bulan * Tekstur makanan: Halus * Minuman: susu * Makanan: Beras, pisang, ubi kentang, keledek, bayam, lobak merah dan mangga * Elakkan: Garam, gula, produk tenusu, makanan berasaskan gandum, telur, cili dan kekacang
Tujuh bulan * Tekstur makanan: Halus tapi sedikit kasar berbanding pada usia enam bulan * Minuman: Susu, air masak atau jus buah-buahan segar yang dicairkan (1 nisbah 5) * Makanan: Buah, sayur, gandum, telur kuning dan mentega kacang * Elakkan: Susu lembu segar, cili, garam, gula, telur putih, ikan dalam tin dan organ dalaman haiwan
Lapan hingga 12 bulan * Tekstur makanan : lenyek/kisar/ cincang * Minuman: Susu ibu, air masak atau jus buah-buahan segar yang dicairkan (1 nisbah 5) * Makanan: Buah, sayur, ikan, daging, produk tenusu dan telur kuning * Elakkan: Telur putih, cili, kerang-kerangan, gula, organ dalaman dan lemak
12 hingga 18 bulan * Tekstur makanan : cincang * Minuman: Susu, air masak atau jus buah-buahan segar yang dicairkan (1 nisbah 5) * Makanan: Sama seperti keperluan ahli keluarga yang lain * Perlu dielakkan: Telur mentah, cili dan kerang-kerangan
Source : Berita Harian By : Siti Nur Almizan Aripin 27 Apr 2010

No comments:

Post a Comment