Saturday, November 12, 2011

Pabila bosan melanda diri!

Duduk depan tv tak kena.. kemudian tengok kiri, tengok kanan, depan pastu belakang.... pun xkena jugak.. rasa serba tak kena hari ni.. Bosan pun ada... Pandang husbend kat sofa lama2... terfikir2 nak ajak dia keluar.. tapi kesian pulak.. katanya tak larat... Nak rehat dulu... mlm nanti kang kalau rajin baru keluar...
hmmm..... sebab masih ada tersimpan rasa prihatin dalam diri ni lalu Sya angguk aje... 

"takpelah... cont' tido... takmo kacau abang rehat!"

dia senyum simpul lalu pejam mata rapat2 dah macam tak tido seminggu!

adui... bosannya... nak dengar lagu?
isy lagu ape lak.. (tak best! dah banyak kali ulang dengar...)
tgk movie? hmmm.... (geleng kepala laju2) dah banyak kali khatam!
main dengan Randy n Bella? bebudak ni pun tido je kejenya! hhhheeeisshhhhhhhhhh!!!

Terasa nak kejut husbend semula... tapi..... ala.... tape2  bg dia chance tido lagi setengah jam nanti kejut sebab nak masuk maghrib dah kan...! melampaulah kalau nak direct tido sampai malam...

"Hey u... ingat bujang macam dulu2 ka? " (teringin nak cakap gini sebenarnya kat dia.. hhehhehehe)

-sambil mata alih sekejap2 ke tv.... (ada cerita yg xbest lak! taknaklah mention.. =D tak sopan!)-
lalu jari jemari ni putar2 lagi atas keyboard laptop...mencari idea.. mencari info... mencar arah dan tujuan!!

hmmm... laparnya!! (tiba2 jadi sewel n rasa cam makan org.)
ada nasi tadi masak tengahari... buat sup daging, telur goreng dengan ayam goreng.. nyum3... 
tp takde mood lak nak makan... alahai....

ahh.. pekata upload pikacuuuuuuu....
emmm.... jap eh... nak usha pikacu yang best2....

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

Auuu

Cakk!!! 

Hello.... hihi.... ni tyme nak turu escalator.... jalan2 befor tgk movie real steel..


Menanti movie start.... =p

Besar tak? best kan kalau ada kat rumah tebesyen besar ni...
(kejap je rabun bijik mata.. =p)

Ni menu tengah hari.. Sya makan Laksa kuning dan imran makan Laksa asam kat Nyonya. 
hmm.. rasanya... boleh la... Fair....


Ni makan malam.. hehheee.. tetiba terjumpa steamboat kat tepi jalan...
ape g... singgah jelah... nyum3...


Yang ni pulak playground idaman... 
................................................................
Sya : "Nak benda ni kat rumah bila ada anak nanti boleh tak?"
Im:  "Muat pulak nak letak dalam rumah?"
Sya: "Outdoor jelah... berbumbung! hihihi!!"
 ............................................
Best kankalau benda ni betul2 ada kat rumah?
=D


Hahhh... terasa kebosananku semakin berkurangan... =)









Selamatnya anak anjing itu!

Sebuah kisah menyentuh rasa.










Sebuah kisah menarik semasa insiden letupan sebuah kilang di Nanjing, China pada 28 Julai 2010 lalu. Peristiwa nahas yang mengorbankan 13 orang dan mencederakan 300 orang ini menceritakan sebuah kenyataan yang menyedut banyak perhatian awam.

Semasa letupan di kilang tersebut berlaku, seekor monyet telah dirakamkan kamera semasa menyelamatkan seekor anak anjing dari lokasi letupan. Ia menggendong anak anjing sambil berlari keluar dari kilang tersebut.

Kejadian letupan berkuasa tinggi tinggi itu terjadi ketika sebuah paip daripada kilang kimia di China terbakar pada tahun lepas. Letupan itu berlaku di Nanjing, ibu kota Wilayah Jiangsu, kira-kira pukul 10.00 pagi. Selain kematian dan kecederaan, letupan itu juga turut merosakkan kawasan sekitarnya. tingkap rumah, kedai dan pejabat rosak teruk dan memberi kesan sejauh 300 meter. Sementara penduduk yang lain menyangka telah berlaku gempa bumi.

Sekiranya peristiwa ini boleh mengetuk hati kecil kita, binatang juga boleh menunjukkan belas kasihan dan kebaikan kepada sesama mereka. Walau tidak kira apa spesis mereka... Monyet, anjing, kucing, ayam dan sebagainya....
Lihatlah bagaimana nekadnya seekor monyet itu (seperti di dalam gambar) menyelamatkan anak anjing yang kemungkin turut menjadi mangsa tragedi itu.
Jika seekor binatang boleh mempuanyai sifat belas kasihan dan sayang sesama sendiri kenapa tidak kita?
Lihatlah dunia hari ini... Berlaku kekejaman di sana sini. Berlakunya pembuangan bayi tidak kira waktu. Berlaku penderaan rohani dan fizikal terhadap si kecil. Adanya seorang anak memperlakukan sewenang2nya terhadap ibu bapa seolah2 ibu bapa mereka tidak punya hati dan perasaan..... oh.. ceteknya akal....

Tanyalah kepada diri sendiri.... apa kebaikan yang sudah anda lakukan sehingga waktu ini?

p/s: Pupuk sifat baik itu dari dalam diri kita semoga ianya membawa kebaikan kepada semua manusia...


Friday, November 11, 2011

TRAGEDI 11.11.11

Anggota bomba dan penyelamat mengeluarkan 
mangsa yang tertimbus di dalam pasir.

Empat termasuk dua murid maut, tujuh parah; Bas rombongan terbalik
sebelum dirempuh treler pasir

SLIM RIVER: Ketika ramai memilih 11.11.11 sebagai hari istimewa semalam, 36 pelajar dan empat guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Merah, Kulim, Kedah, sebaliknya melalui tragedi mengerikan apabila bas rombongan yang dinaiki terbalik, sebelum dirempuh sebuah treler ketika kebanyakan mangsa merangkak untuk menyelamatkan diri, menyebabkan empat orang terkorban.

Dalam kemalangan jam 4.30 pagi di Kilometer 382, Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat sini, dua rakan mereka Khairul Anwar Azhan dan Maysarra Zaidi, masing-masing 15 tahun, mati di tempat kejadian dengan mayat Maysarra dikesan hampir tujuh jam kemudian dalam longkang di bawah timbunan pasir dari treler yang jatuh bertaburan. Pelajar yang memperoleh 8A ujian percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu pada mulanya dilaporkan hilang selepas usaha mengesannya di lokasi kejadian dan hospital sebelum itu gagal.

Guru mereka, Siti Hajar Mohamad, 33, dari Kota Sarang Semut, Kedah pula meninggal dunia di Hospital Slim River (HSR) dengan sebelah kakinya putus dan ditemui berdekatan mayat Maysarra.

Seorang lagi yang meninggal dunia ialah Ketua Wanita UMNO Cawangan Kampung Alor Teja, Basarah Saad, 45 yang dirempuh ketika membantu menyelamatkan pelajar keluar daripada bas berkenaan.

Dia menaiki bas lain bersama rombongan Wanita UMNO Kedah yang dalam perjalanan menghadiri program parti di Tanjung Karang, Selangor, dan berhenti di tempat kejadian atas permintaannya sendiri untuk membantu mangsa.
Kemalangan juga menyebabkan guru mereka, Rosilawati Mat Rifin, 40, dan Azriahani Ahmad, 31 tahun cedera parah. Empat pelajar, Abdul Rahman Danial Abdul Ghani, Mohd Azim Dahalan, Moha Faisal Anuar dan Mohammad Shariffuddin, semuanya berusia 15 tahun dan anak Azriahani, Idzmi Haikal Khairul Shah, 5 yang mengikut ibunya juga parah.

Selain itu, 22 lagi pelajar dan seorang guru cedera ringan. Semua yang cedera ringan dan cedera parah dirawat di HSR dan Hospital Teluk Intan (HTI). Mereka adalah antara 60 pelajar dan tujuh guru SMK Air Merah yang menyertai rombongan menaiki dua bas, tetapi satu lagi tidak terbabit dalam kemalangan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Md Tahir Kassim, berkata mangsa yang menyertai rombongan tiga hari dua malam ke Kuala Lumpur dan Genting Highlands itu, menaiki bas persiaran itu di Kulim pada jam 11.30 malam kelmarin, menuju ke ibu negara.

“Siasatan awal mendapati bas dipandu lelaki berusia 25 tahun itu terbabas ke kiri jalan lalu terbalik dalam posisi mengiring. Dalam keadaan kelam kabut pelajar dan guru menyelamatkan diri, treler membawa muatan pasir yang datang dari belakang melanggar bas berkenaan.

“Kita sudah menahan pemandu bas dan pemandu treler untuk siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Petikan Berita Harian online.

..................................................................................................................


Tarikh 11.11.11 itu sangat cantik dipandang dan di baca, tarikh yang tak mungkin dapat dilupakan oleh sesiapa sahaja yang mengabadikan segala kenangan pada tarikh ini... Ada yang melahirkan anak, ada yang memilih sebagai tarikh perkahwinan dengan pasangan masing2 dan sebagainya..... 

Namun tarikh yang cantik ini bukan hanya menyimpa seribu satu kisah manis tetapi kisah tragis dan sedih juga kepada individu tertentu dan yang pasti sudah terpilih dan tercatat oleh-Nya....

Takziah kepada keluarga mangsa tragedi... Ajal maut ditangan Tuhan...
Semoga keluarga banyak2 bersabar dan sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa kemalangan.

P/s: Kepada pemandu2 lain.. Sentiasa berhati2 di jalan raya..

Atlit Malaysia Sukan Sea indonesia, 2011 cirit birit

2011/11/12
PALEMBANG: Beberapa atlit Malaysia yang tinggal di Perkampungan Sukan, Kompleks Sukan Jakabaring di sini dilapor mengalami sakit perut dan cirit birit, dipercayai akibat keracunan makanan sejak semalam.

"Saya dimaklumkan 10 atlit kita yang kena cirit birit. Bagaimanapun kita tidak tahu apa puncanya. Mereka semua makan di dewan makan Perkampungan Atlit.
"Saya sudah melaporkan perkara ini kepada pihak pengurusan dan mereka akan menyiasat pekara itu," kata ketua kontinjen Malaysia di Palembang, Datuk Syed Mustaffa Syed Ali ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, 10 atlit terbabit terdiri daripada atlit skuad gimnastik dan menembak.

Sementara itu, atlit gimnastik artistik lelaki, Mohd Hamzarudin Nordin berkata, beliau mengalami sakit perut dan cirit-birit sejak malam tadi.

"Kami hanya makan makanan yang disediakan dalam Perkampungan Atlit...tak sangka boleh kena cirit birit," katanya ketika ditemui di Dewan Gimnastik, Kompleks Sukan Jakabaring.

Mohd Hamzarudin berkata, kesakitan yang dialaminya sudah mula reda selepas mendapat rawatan di pusat perubatan yang terdapat dalam kawasan Perkampungan Atlit. - BERNAMA

..............................................................................................................

Taknak tuduh sapa2... 
Cuma terkilan dengan apa yang berlaku... Kalau seorang je atlit yang jadi gitu, xpelik sangat.... ini sampai 10 orang... makan lak di SITU...
Tak ape... sama2 kita doakan kesejahteraan dan keselamatan atlit2 kita disana....
sama2 kita sokong semangat perjuangan mereka..
jangan mudah putus asa! Yakin boleh.. semoga berjaya!!!

Taekwando sumbang pingat pertama negara di Sukan Sea

Yeahhh...
Malaysia boleh!!!

Cuba baca!

JAKARTA: Pasangan kecil molek dari Sarawak menyumbang pingat pertama dari Jakarta selepas meraih satu gangsa bagi kategori Poomsae dalam acara taekwondo pada Sukan SEA ke-26, yang berlangsung di Indonesia mulai semalam hingga 22 November.

Dalam acara yang diadakan di Dewan Taekwondo di Cibubur, kira-kira 50 kilometer dari pusat bandar raya, Ahmady Radi dan Morren Urai Lian, kedua-duanya dari Bintulu, Sarawak sama-sama meraih gangsa bersama dengan pasangan Laos, Souktavy Panyash dan Nola Ounvongsa, selepas kedua-dua pasangan terikat dengan 7.73 mata.
Vietnam memperoleh emas dengan 8.13 mata manakala Filipina meraih perak dengan 8.02 mata. Poomsae atau Kata dalam Karate, adalah kategori baharu di bawah sukan taekwondo dan diperkenalkan pada Sukan SEA Laos, dua tahun lalu.

Dengan ketinggian 1.57sm, mereka bersama-sama menjalani latihan sejak belajar di Sekolah Menengah Kidurong di Bintulu.

Ahmady, 18, dengan berat badan 51 kilogram, berkata kedua-dua mereka juga adalah pemenang pingat emas dalam acara Poomsae semasa kejohanan kebangsaan Taekwondo Malaysia (TM) yang diadakan di Kuala Lumpur, Mac tahun ini.

"Kami mengambil bahagian dalam pemilihan kebangsaan dan menyertai skuad kebangsaan, Julai lalu," katanya.
Morren, 23, dengan berat 48kg, menceburi sukan itu secara serius semasa berumur 10 tahun berkata mereka juga memenangi satu gangsa dalam kejohanan Poomsae antarabangsa di Singapura, Disember lalu.

"Dalam acara hari ini, kami berdepan dengan pencabar kelas dunia terutama pasangan Vietnam yang memperoleh satu emas dalam kejohanan dunia di Russia, Julai lalu, katanya. - BERNAMA

Sumber dari Berian Harian online. 12/11/2011


Syabas Sya ucapkan...