Friday, November 11, 2011

Taekwando sumbang pingat pertama negara di Sukan Sea

Yeahhh...
Malaysia boleh!!!

Cuba baca!

JAKARTA: Pasangan kecil molek dari Sarawak menyumbang pingat pertama dari Jakarta selepas meraih satu gangsa bagi kategori Poomsae dalam acara taekwondo pada Sukan SEA ke-26, yang berlangsung di Indonesia mulai semalam hingga 22 November.

Dalam acara yang diadakan di Dewan Taekwondo di Cibubur, kira-kira 50 kilometer dari pusat bandar raya, Ahmady Radi dan Morren Urai Lian, kedua-duanya dari Bintulu, Sarawak sama-sama meraih gangsa bersama dengan pasangan Laos, Souktavy Panyash dan Nola Ounvongsa, selepas kedua-dua pasangan terikat dengan 7.73 mata.
Vietnam memperoleh emas dengan 8.13 mata manakala Filipina meraih perak dengan 8.02 mata. Poomsae atau Kata dalam Karate, adalah kategori baharu di bawah sukan taekwondo dan diperkenalkan pada Sukan SEA Laos, dua tahun lalu.

Dengan ketinggian 1.57sm, mereka bersama-sama menjalani latihan sejak belajar di Sekolah Menengah Kidurong di Bintulu.

Ahmady, 18, dengan berat badan 51 kilogram, berkata kedua-dua mereka juga adalah pemenang pingat emas dalam acara Poomsae semasa kejohanan kebangsaan Taekwondo Malaysia (TM) yang diadakan di Kuala Lumpur, Mac tahun ini.

"Kami mengambil bahagian dalam pemilihan kebangsaan dan menyertai skuad kebangsaan, Julai lalu," katanya.
Morren, 23, dengan berat 48kg, menceburi sukan itu secara serius semasa berumur 10 tahun berkata mereka juga memenangi satu gangsa dalam kejohanan Poomsae antarabangsa di Singapura, Disember lalu.

"Dalam acara hari ini, kami berdepan dengan pencabar kelas dunia terutama pasangan Vietnam yang memperoleh satu emas dalam kejohanan dunia di Russia, Julai lalu, katanya. - BERNAMA

Sumber dari Berian Harian online. 12/11/2011


Syabas Sya ucapkan...

Kehilangan Kenderaan yang paling disayangi!

Kelmarin around 8 pm mak call... sangat mengejutkan bila katanya, Honda kesayangan kami semua (kereta arwah abah) yang sekarang ni memang adik lelaki yang naik dah dicuri orang.
Punyalah hangin mendengar... hangin kat sape g kan.. kat manusia yang bergelar pencuri tulah... badigol betul... geramnya!!!

Alkisahnya, si adik Sya ni keluar pergi mall.. mmg mall tu provide parking space and di situlah adik Sya parking... then after 1 hour dia keluar tgk2 kereta dia dah lesap... haruslah dia terkejut kan... mahunya tak dah jadi kereta kesayangan dia dah sekarang ni... baru berapa bulan je kereta tu ditukar enjin.. si adik Sya tukar pakai enjin Integra.... (putih mata kalau tak jumpa!) Bila balik je dia kemain berbangga lagi cerita pasal kereta dia tu.. so bila dengar kereta dia dicuri orang, kasihan lah kan kita ni...
Pols report dah dibuat semalam dan until now belum ada berita pape lg...
Waktu dia nak tukarkan enjin kereta dia sebelum ni ada dah problem timbul bila kawan dia (mekanik) beriya nak buat kerja tukar2 tu... tapi si adik ni ada tempat lagi cun so dia tak hantar la kat tempat si mamat ni... disebabkan tu, mamat ni ugut dia... lebih kurang bunyi macam ni lah...

"Hang tengoklah nanti!! hang tak kenai aku sapa! tengoklah qeta hang nak jadi apa!!! elok2 boleh jalan, aku bakaq tequih!!"

So demi keselamatan bersama (kereta dan tuannya) kami sama2 g buat report polis pasal ugutan ni.. Tapi dah lepas beberapa bulan there'is nothing happen n we all ingatkan mamat tu just main2 la... tup2 semalam kereta adik lesap... 
tak tahu berasas ke tak nak tuduh mamat tu yang curik tp ada kemungkinan betul tak?? 
cuma semalam tyme buat report kehilangan kereta ni, adik tak cakap yang dia syak sesiapa.. mungkin sedih+terkejut lagi agaknya...

Antara percaya atau tak, family berikhtiar dan ada pergi jumpa orang 'bijakpandai' huhuuuuu......
Tadi dapat info mengatakan kereta tu ada di sekian2 tempat dan masih di dalam Kedah!
Ya Allah... harap2 dapat bertemu semula dengan kereta kesayangan kami tu...
Waktu belajar dulu... since diploma until Degree, dengan kereta tu lah Sya ke kelas tau.... sebab waktu Sya tak de kereta sendiri lagi...
Just kadang2 tukar naik kereta mak kalau kereta tu buat hal... 
Cuma lepas kahwin ni Sya dah tak pakai since husbend dah ada kereta kan... walau camana pun, kami adik beradik tetap sama2 jaga kereta tu sebab itu kereta kesayangan arwah abah... Tak sangka jadi macam ni..

Harap2 kereta tu dijumpai semula.... T_T
Amin.....


 



Wednesday, November 9, 2011

Tiba-tiba terkenang kisah aku dan dia!

Pejam celik pejam celik dah 8 bulan Sya dan Imran berumah tangga... dan tiba2 je teringat kembali majlis perkahwinan kami dulu...
daripada termenung mengingatinya baik dibukukan di sini... bila bosan2 nanti dapat juga dibaca semula ye tak....? 

Nampak macam serasi tak Sya n Imran? hehehhee....

Maka terimbas kembali detik2 perkenalan kami...
Nak kata sekolah sekali tak pun... nak kata p tuisyen luar sekali pun tak juga.... habis camana leh berjumpa ni?
jawapannya.... malam tu ada birthday pasty di rumah kawan Sya... kawan Sya tu satu sekolah dengan si Imran ni... dan maka dari situlah perkenalan kami bermula... masa tu tahun 2004.... lama jugak kan masa berlalu... sekarang dah 2011... nak masuk 2012 pun! hehheheee....

Mula2 punyalah jual mahal.... taknak Sya kat dia.. tp sebab kesian Sya accept... kononnya just friend... yes.... friend only okay...
but
setelah beberapa bulan berkawan, terasa hati dah bertaut cinta... tak jumpa mulai rasa merindu..
maka perlahan2 kami pun melakar episod percintaan yang comel, ceria dan caring each other...

suka je buat muka toya!

 walau berjauhan hati kami tetap bersatu!

Hidup berjauhan bukanlah alasan untuk berpaling tadah dari janji yang termeterai..
Sya di KL, dia di Kedah..
Bila dia datang belajar di KL, Sya pula berhijrah ke Pahang... selama 3 tahun Sya di sana! lama tu...
tapi
saling mempercayai diantara satu sama lain menambah rasa cinta antara kami!

Sewaktu Sya di  semester pertama tahun akhir - diploma (sem 5), dia hantar rombongan merisik. just a nonformal event.. xder makan2 pun since yang datang hanyalah emak dan nenek dia... jamu air+kuih aje... setle! (simple kan family dia.. family Sya pun lagi simple.. hahhaa)

after merisik we both agreed for engagement!  (19/6/2008)
memang benar kata orang, alam bertunang ni darah manis dan ada saja perkara yang nak di'bahas'kan...
antara ego dan keras kepala..
antara cinta dan harapan..
antara rindu dan igauan..
antara kasih dan sayang..
Kami selalu bertengkar!
namun kemudian kami bertaut kembali..
Kami pernah bertegang urat berbalas nada!
namun hati kami tetap juga bersatu..
hai.... macam2 kan?
sikit hal pun nak bergaduh. macam budak2!
Kerana mahu menegakkan benang yang basah, sanggup bermaki-makian...
Kekadang dialah puncanya.. tapi selebihnya mungkin kesalahan Sya sendiri...
(kepala angin!!!)

Melakar percintaan bak ombak yang menghempas ke pantai..
cantik digambaran tapi kadang2 sakit terkena hempasan.
ramai mulut mengata tanpa usul periksa...
mahunya tak, alam pertunangan kami sedar tak sedar hampir mencecah ke angka 3 tahun lamanya!
jadi dah ada yang berbalas pantun menjadi pencipta tentang putusnya pertunangan kami kononnya!
Tapi itu bukan salah sesiapa... (walau waktu itu hati merah menyala menahan marah!)
Sya yang memilih untuk menghabiskan pelajaran di peringkat ijazah terlebih dahulu... jadi dia yang terpaksa menunggu...
sabar betul dia kan.... TQSM dear...

Kadang2 terasa diri ini membebankan juga adakala terbeban dengan janji kepada keluarga untuk terlebih dahulu menghabiskan pelajaran... dalam masa yang sama kasihan kerana si kekasih hati yang setia menunggu tanpa rasa jemu...
 (jadi waktu tu selalu terfikir2 kenapalah cepat benar kami bertunang)

 Tapi pada akhirnya......
Terima kasih sayang.... Kau buktikan bahawa kau benar2 mencintaiku!
dan akhirnya 

tanggal 11 March 2011 (11.03.11)
 berakhirlah penantiannya selama ini...
-Penantian dia je ke?-
Kami sah diijabkabul di Kampung kami sendiri, Alor Setar Kedah di mana, di sinilah tempat kami di lahirkan dan membesar walaupun sebelum 'pertemuan' itu dirasakan belum pernah kami terserempak! Sekali pun selama 17 tahun tu Sya rasa tak pernah jumpa dia even rumah kami hanya 5 minit perjalanan (kalao naik motor)

Maka itulah jodoh namanya!!!

 -Kamarul Imran &  Nur Syahinaz-
 Semoga cinta kita berkekalan...

L.O.V.E
u
Forever!




Kakiku dipotong hanya kerana seekor ikan!

Dah baca belum Mastika November 2011?
Cover page ada gambar kucing berwarna putih bertompok yang kudung kakinya!

 (Cover Mastika November 2011)

Dan.... Kalau ada yang tak terlepas pandang dan mendengar di kaca televisyen haritu (Buletin Utama) pun ada menyiarkan kisah kucing putih  bertompok ni. Sangat menyedihkan....

Kakiku dipotong hanya kerana seekor ikan!

Zalim!!! Sungguh zalim bunyinya kan???

Inilah kisahnya seekor kucing yang diberi nama Hero!
Kucing malang yang dipotong 2 kakinya kerana sudah mencuri seekor ikan di sebuah kedai berhampiran tempat dia dibuang.
Ya Allah... kejam sungguh si empunya diri yang tidak berotak yang dah buat Hero macam ni... Dek kerana akal terlebih 'cerdik' nya itu, dia sanggup memilih untuk mengzalimi seekor kucing hanya kerana marah ikan jualannya dicuri.

Berapa sangatlah harga seekor ikan itu hingga dia sanggup melakukan perbuatan kejam tu kan?  

Tengok ni!!!

Comel kan? 
Sanggup ke kamu potong dua kakinya tu? lepas tu,
sanggup ke kamu dengar dia meraung kesakitan akibat perbuatan kamu tu?

Ya Allah.. tak habis fikir Sya bila dengar kisah si Hero yang kudung kakinya akibat perbuatan kejam si anasir bodoh tu!! waktu tu Sya di Kedah. menonton tv bersama mak dan keluarga yang lain.  Mak dah mula menangis sebab sedih dan kasihan tengok Hero dan tuannya (Encik Hairey yg selamatkan Hero). Sya turut mengalirkan air mata. tak sangka masih ada lagi yang mengambil berat tentang nasib kucing malang ini. Terima kasih tidak terhingga kepada empunya diri , Encik Hairey (Papa Hero) kerana sudah menyelamatkan kucing malang ini...

Inilah Hero yang sudah sihat sekarang walaupun 2 dari kakinya sudah kudung namun Hero kelihatan gagah bergerak, melompat, berjalan dan bermain seperti kucing2 lain! 

Kepada sang pendera kucing, nantikan azab anda di sana...
cuba bayangkan anda berada ditempat kucing itu pula?
.........................................................................................................................................................





Anda kelaparan.. mencari makanan... 
Kemudian terjumpa ikan di dalam bekas2 di depan mata anda.... 
Anda memandang ke perut anda yang kosong dan minta di isi.. 
Anda memandang kembali bekas berisi ikan itu dan berselang seli dengan tubuh2 manusia yang sedang berdiri kaku meminta belas kasihan dan simpati mereka.... 
Namun mereka, langsung tidak menghiraukan anda yang kelaparan....

Anda akhirnya mengambil jalan mudah dengan men'curi' hanya seekor ikan di dalam bekas itu... Hanya seekor sahaja.... seekor.......dengan harapan anda tidak akan lapar kemudiannya...
Tapi tiba2... salah satu tubuh manusia itu terus menangkap anda... memaki hamun anda... menampar2 kepala anda.... kenapa? Lalu anda tercari2 jawapannya dan akhirnya anda mengerti... 
Kerana ikan2 itu adalah milik mereka... milik mereka!!! bukan milik anda.....
Anda cuba sedaya upaya hendak melepaskan diri.... 
Anda sedaya upaya hendak meminta maaf darinya... namun mulut anda hanya boleh 'mengiau'....
mengiau....
dan 
mengiau....
anda memandang dia...
degupan jantung anda menjadi semakin kencang...
anda ketakutan...
anda mengiau lagi....
tapi...... dia.....................

.......................................................................................................................................................


Subhanallah............
Alhamdulillah...
Terima kasih Ya Allah...
Aku bersyukur...
Aku masih berada di muka bumi ciptaan Mu!

Menjaga kucing di dalam rumah...

Anda sukakan  kucing? Kenapa? sebab ianya comel? bulunya cantik? warnanya yang ceria? atau ianya manja?

Terpulang kepada kamu sendiri lah kan nak klasifikasikan kucing2 itu bagaimana ciri2nya yang boleh membuat hari2 kamu tersenyum..
Tapi ada juga sesetengah dari kamu yang tidak sukakan kucing. langsung tak suka atau disebabkan perkara2 tertentu membuatkan kamu agak was2 untuk memelihara kucing?

~ kerana kucing yang dipelihara mungkin akan membuang air besar atau air kecilnya di merata tempat? di luar atau di dalam rumah anda? 


~ Bulu2 kucing yang sering/mudah gugur di mana2.. atas lantai, atas karpet, atas sofa
~ Atau kucing itu disedari mmg spesis yang gemar mencakar (dipercayai utk menajamkan kukunya) lalu takut ia akan mencakar sofa mahal di dalam rumah anda?
Haaa!!! inilah yang selalunya ditakuti/dirisaukan pemilik2 kucing sebenarnya... termasuk juga Sya dan husbend...
Oleh kerana Randy dan Bella hanya di biarkan bermain-main hanya di alam rumah jadi Sya dan husbend begitu menitik beratkan cara2 menjaga kucing2 kami... cara2 nak menyelamatkan perabot2 di dalam rumah.. dan cara2 menjaga kesihatan kami dan kucing kami..

Tips: 
1. Toilet training
Ajarkan kucing kamu buang air kecil atau besar di dalam toilet ketika pertama kali mereka menjejak kaki di dalam rumah kamu. Sediakan pasir di dalam bekas. (ada dijual di mana2 pasaraya..
Kucing haiwan yang cepat belajar. bila dia kerap kali melakukannya (buang air di disitu), dia akan ingat tempat itu bila terasa hendak membuang air kecil atau besar.

- Sya sudah praktikkan cara ini di dalam rumah Sya dan ianya sangat3x berkesan hingga kini... Randy dan Bella sangat cerdik dan pembersih... thanks sayang!!

2. Serai
Bau dari serai adalah seseuatu bau yang benar2 tidak digemari kucing. kamu boleh membeli produk2 berasaakan serai atau serai wangi di mana2 pasaraya. semburkan di mana2 kawasan yang kucing sering kencing atau letakkan terus di kawasan2 yang strategik seperti di bilik atau dapur... cubalah! 

3. Perabot yang sesuai.
Perabot di rumah biasanya di beli dan di pilih mengikut citarasa kamu suami isteri kan? cantik dipandang dan selesa bila dipegang.. hmmm.... bagi Sya, jika dah kamu ingin memelihara kucing, pilihlah jenis perabot yang sesuai... jenis kain yang jika dicakap pun takkan terkoyak.. jangan pilih jenis yang lembut... Kucing mmg jenisnya mencakar. kecuali kamu kerap2 'menasihatinya' supaya tidak mencakap dan dia faham jadi teruskanlah membeli perabot yang mana saja kamu suka!

Ni jenis sofa di rumah Sya. Sya letak jenis yang macam ni di ruang bawah rumah. bila kucing cakap takder la terkoyak sana sini...  
Bulu2 kucing pulak memang ada lekat di sofa nil tp Sya guna jenis plastik lembut yang diguna untuk melindungi keyboard (komputer/laptop) untuk mencuci sofa ni. terbukti segala kekotoran (bulu/rambut) akan diseret dan digumpal sekali bila gunakan jenis plastik ni. sorry ape nama plastik ni Sya sendiri tak pasti...
4. Bulu kucing yang sihat
Untuk menguatkan bulu kucing sebenarnya kena bagi kucing tu makan ikan. ikan tu eloknya direbus okeh.... So boleh kurangkan pengguguran bulu kucing. tapi disebabkan Sya dan husbend bekerja, kami tak sempat nak jamu kucing2 kami dengan ikan. just 2 kali seminggu iaitu weekend.. untk weekdays kami terus berikan makanan kucing Smartheart... tiada masalah semut atau lalat yang akan hinggap..

5. Air masak.
Sekiranya kamu tak berikan susu kepada kucing kamu. berilah mereka air masak. bukan air paip okeh.. air paip setahu Sya boleh mengakibat cacing... seperti kita juga, boleh mengakibat sakit perut jika terus meminum air dari paip yang tidak dimasak terlebih dahulu.

6. Syampoo kutu
Ada kucing yang begitu banyak kutu dibadannya. ini tahap kritikal dan kena basmi kutu2 tu.. dan ada yang sikit aje kutunya. ataupun yang tak ada kutu langsung.
Macam Randy dan Bella ni, setelah puas dicari2.. tak ketemu pula kutu2 di badan mereka jadi kami klasifikasikan mereka tiada kutu.. walau apapun, setiap 2 minggu sekali kami tetap akan mandikan Randy dan Bella dengan syampoo kutu... just in case kalau ada kutu dan try to avoid kutu yang mungkin baru nak muncul entah dari mana...

7. Lantai dan karpet dalam rumah.
Setiap hari sebelum kerja dan pulang dari kerja, Sya akan menyapu terlebih dahulu lantai2 rumah. secara keseluruhannya. kadang2 ada terlekat pasir di kaki Randy dan Bella lalu terjatuh di atai lantai atau karpet bila mereka bergerak ke sana ke mari. dan 2-3 hari sekali Sya akan mop lantai rumah. demi nak menjaga kebersihan rumah sebab dah biarkan Randy dan Bella berkeliaran di dalam rumah ni.