Thursday, September 8, 2011

JANGAN MUDAH TERTIPU!!


Jangan  mudah tertipu yer!!!

Leka menyendiri di kala cuaca panas yg sunyi sepi ni, Sya pun mula nak melalut sebentar dengan issue2 yg baru semalam Sya dan encik suami bincangkan..... hmmm... ni berkaitan dengan kes penipuan temannya  melaui laman sesawang yg nampak mmg femes sekarang ni....

Alkununnya, rakannya pasangan yg baru bertunang ni teringinlah nak menjana pendapatan lebih dirumah... iyerlah.. nak simpan money tuk future kan.. tuk majlis kahwin nanti.... hmmm... maka si pasangan ni termasuklah dalam laman sesawang ni yg mengatakan ada duit senang bergolek2 untuk dimiliki.. tp dengan syarat perlu diambil masalah sedikit kan.... (Mana ada duit yg datang bergolek tanpa usaha walau sedikit-mengarut) dan juga sedikit investment lah ala2... hehehhhehee... perlu membayar duit deposit utk perkara tertentu maka nannti berlipat gandalah kembalinya duit2 tu dalam akaun... hahhahahhahahaha.... budus lak kedengaran... dari mana laklah 'mereka2' dpt duit banyak2 tuk bayar 'kita2' yg pendek akal ni kan... entah berapa banyak pula 'kita2' ini bilangannya... lahai.......

maka dah sah2 last skali pasangan tunangan ini ditipu.... hurrmmmm......  mintak simpang2...duit investmentnyer masuk ke 'mereka2' itu.. dan poket 'kita' tetap kosong... malah lebih kosong dari sebelumnyer.... kesian...

Maka Sya nasihatkan kepada kita2 ni yg asik sgt bermuka2 dgn laman2 sesawang yg semakin femes skunk ni janganlah terlalu teruja hendak memiliki wang mudah.. jangan cepat percaya dan akhirnya terpedaya dengan tipu helah mereka.... tak semuanya 'mereka2' ni penipu. ada juga yg mungkin benar tapi lakukan penyelidikan dengan teliti terlebih dahulu tentang 'mereka2'  ini untuk mengelakkan malapetaka dikemudian hari...

p/s Sya : MENYESAL DAHULU PENDAPATAN MENYESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA!

CUT TARI MENINGGAL DUNIA???

Hah... Anda kenal dengan siapa yg namanya Cut Tari ini? org Malaysiakah? hmmm..... bg sesiapa yg mengenali 'nama'nya mestilah tahu yang dia bukanlah rakyat Malaysia tapi pernah namanya naik bersama2 nama Ariel Peterpan diatas 'perkara/konterversi' satu  masa lalu..... 

Apa motifnya Sya paparkan berita tentang Cut Tari ni yer?

INILAH BERITANYA! (baca dulu...)


2011/09/08
JAKARTA: Aktres yang dikaitkan dengan skandal penyebaran video lucah bersama vokalis kumpulan Peterpan Nazriel ‘Ariel’ Irham, Cut Tari dilaporkan meninggal dunia ketika menjalani penggambaran di Jakarta semalam.

Akhbar harian Kompas menyatakan, berita kematian Cut Tari menimbulkan kekecohan dikalangan peminatnya di Indonesia yang mahu mengetahui perkembangan lanjut serta punca kematiannya.
Lebih mengelirukan, sehingga kini tiada pengesahan daripada keluarga Cut Tari mengenai perkara itu, manakala aktres itu sendiri tidak dapat dihubungi.
Kompas melaporkan khabar angin kematian Cut Tari tersebar selepas beredarnya pesanan ringkas ‘berantai’ melalui Blackberry semalam yang berbunyi:

“Inalillahi, berita duka daripada artis Indonesia yang terbabit dalam kes video lucah Cut Tari menghembuskan nafas terakhir di Hospital Medistra Tebet Jakarta Selatan jam 2.27 petang ini. Dia dibawa ke hospital sejam sebelum itu dalam keadaan tidak sedarkan diri. Semua doktor yang merawat beliau belum dapat menyatakan punca kematiannya, manakala keluarga Allahyarham meminta agar jenazahnya dibedah siasat.”

“Pesanan ringkas itu kemudian disusuli berpuluh kiriman melalui Twitter oleh peminat Cut Tari yang mahu mengesahkan mengenai berita kematiannya, sebilangan mereka tidak percaya dengan berita itu dan menganggapnya hanya khabar angin,” kata Kompas.

Bagaimanapun, satu akaun Twitter yang dinamakan sebagai Cuttarytweet, kemudian memaklumkan bahawa berita itu tidak benar.
“Cut Tari dalam keadaan sihat dan tiada sebarang masalah berlaku. Dia sedang menjalani penggambaran untuk satu rancangan televisyen di Jakarta,” katanya.

Kenyataan itu kemudian disahkan akaun pengurusan Cut Tari @icontalentmgmt yang menyatakan aktres itu sihat, manakala berita yang disebarkan adalah palsu.


HMMMM....... kenapa jadi begini? perkara hidup dan mati berjaya dimain2kan individu2 yg bertanggungjawab.... elok ke buat mcm tu? Cut Tari tu dahlah femes.... boleh pulak perkara mcm ni dibuat main2.... mahunya berlaku kpd sedara mereka sendiri bagaimana? Sya walaupun xberapa kenal siapa Cut Tari tu dan maleh nk fikir pasal kontreversi2 nyer tu tetap rasa perkara ni sesuatu yg tak masuk akal untuk dibuat main2..... kasihan nyer tu kan.... 
p/s : Ajal maut ditangan Allah SWT..... jika betul meninggal maka kita harus berdoa untuk nyer... jika betul tidak semoga dipanjangkan usia nyer.... itu ajelah...
MOTIP????? pening~


Wednesday, September 7, 2011

ALAHAI MERCUN

Sedang kita bersenang-senang hati menyambut Syawal ni... telinga masih terdengar2 berita tentang kemalangan, kecederaan dan malapetaka bukan saja perihal kemalangan di jalan raya tapi yg berkaitan dengan 'MERCUN'.... isy2x.... 

Salah siapa jika mercun masih ada ditangan kamu? tangan si kecil kamu? tangan rakan2 kamu? tertanya-tanya juga Sya bagaimana dan dari mana mercun2 membawa malapetaka ini wujud dan muncul.... tak terfikir tentang betapa bahayanya ia?

Terbaru ini ceritanya.....




Seorang kanak-kanak hiperaktif melecur di muka dan dua jari tangan kanannya angkara bermain mercun roket yang ditemui di jalanan di sebuah rumah di Kampung Banggol Ara, Chicha, Pasir Mas kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 6 petang, mangsa, Mohd. Shafiq Mohd. Laili, 9, melecur teruk di muka, ibu jari dan jari telunjuk pada tangan kanannya.
Mangsa dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.
Anak kedua daripada enam beradik itu dikatakan terjumpa mercun roket itu ketika dalam perjalanan membeli gula-gula di kedai berhampiran rumahnya.
Mohd. Shafiq membawa pulang mercun tersebut dan bermain bahan letupan itu di halaman rumah.
Sumber maklumat : http://komso.com my/

Jadi kepada siapa hendak kita menunding jari? kepada diri sendiri? ibu bapa? rakan2? jiran tetangga? 

dan entah berapa ramai lagi yang akan menjadi mangsa angkara 'mercun' ini? esok, lusa, minggu depan, bulan depan, tahun depan?? bila ianya akan berhenti???

GAGA SYA HILANG DI KEDAH..... T_T

Kasihan Gaga tercayang….  Maka anak-anakmu Lala dan Lulu terpaksa meninggalkan kamu di sana…

Gaga.. kamu di mana sayang? Ke mana kamu lari menghilangkan diri sehingga kami terpaksa meninggalkan kamu di sana? 

Hmmm….. walaupun sedih Sya terpaksa tinggalkan Gaga-ibu kucing kesayangan Sya yg entah di mana sekarang ni… Gaga telah melepaskan diri dari sangkarnya sewaktu berada di Kedah… mungkin sebab di sini Gaga tak pernah dikurung jadi Gaga tak biasa duduk dalam sangkar…
Percayalah, diatas sebab2 tertentu Sya terpaksa memasukkan Gaga dalam tu.. Gaga jangan marah ye cayang… sana banyak kucing yg nakal2… lepas Gaga kena serang dengan Ned- bapak kucing milik adik Sya di Kedah terus Gaga dikurung.. DEMI KESELAMATAN KAMU jugak tapi kenapa kamu lari dari sangkar itu??? Wuuuaaarrrrr…….. GAGA… dan akhirnya sehingga tarikh kami mahu berangkat kembali kamu tidak berjaya ditemui…. GAGA… kamu masih di sana ke? Ketahuilah anak2 mu ini LALA & LULU sangat merinduimu….. Walau di mana kamu berada semoga kamu sihat walafiat ye Gaga….  Baliklah… Sya dah pesan kat mak n adik2 Sya tau… baliklah rumah Gaga.. we love u n miss u so much… 

duit raye korang dapat berapa??


Ha… berapa banyak korang dapat tahun ni? Seratus ? dua ratus ? seribu ? dua ribu ? or bermilion-million ? wallaaaa…. Bestnyer korang….

Sya tahun ni xdapat ape2 pun… T_T sob3x….. sedih.. menangis.. terpukul.. terasa diri ini di-anak tirikan… haisy… taklah sampai macam tu sekali… hhehehhehehheee…. 
" Sya…. Sedar diri kau tu erk… kau dah kawin tau…"
jadinye.. disebabkan itulah sekupang harem pun Sya tak dapat… banyakn ya  macam air mencurah2 diberikan kepada kanak2 lain… adik2.. adik beradik… huuuuuiiii… i iklas tau…. Jangan cakap i ni tak iklas kasi pada u lak… hihikkk….. 



"NAH HAMIK KAU DUA KUPANG PERGI MAIN JAUH2x..."

CUTI SEMINGGU BERHARI RAYA

Seperti kebanyakan orang lain sya dan encik suami juga menerima 'imbuhan' cuti berhari raya tahun ini selama seminggu....

YIPPIYEAYYYY!!!!!!!  nak meloncat ke? hahahaaa.... agak gembira sebenarnya sebab sebelum ni 'bakal'encik suami(waktu belum kawin) selalu je dapat cuti yg sikit tersangat... nak beraya /bejalan sesame  pun xsempat... nak balik kampung aje dah makan lima enam jam! 
Bila balik Kedah...halamak!! rumah mana hendak dituju ni? almaklumlah baru tahun ni beraya sebagai suami n isteri.. rumah encik suami di Kedah... rumah Sya pun di Kedah jugak... dalam 5-8 minit aje perjalanannye..... hmmmmm..... masalah jugak ni kan? main o-som lak!!!


Tapi memandangkan encik suami sangatlah memahami lalu dia tak kisah...
Nak tahu jalan penyelesaiannya untuk hari pertama sampai di Kedah??? 
encik suami balik rumah dia dan berbuka dengan mak bapak dia dan Sya pula balik rumah Sya berbuka dengan family Sya.. kikikikiiiii..... ADIL KAN KAMI???? jarang tu pasangan suami isteri buat macam tu.. kami jer... takpe asalkan bahagia iye tak? 

-Sya & encik suami tercayang-

Lepas tu next day maka bermastautinlah kami di rumah mak Sya.... ladies come 1st bak kata pujangga... eh pujangga ke? hihik~


Just after raya day... ermmmm... if not mistaken, on 3rd day raya baru bermastautin dirumah mak mertua... rasanya kurang selesa pula bila tak duduk di rumah sendiri walaupun family blah mertua sangatlah sporting, understanding and xkisah pe daku nak buat...... hmmm.... betullah kata pujangga lagi sekali...


HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DINEGERI SENDIRI, LEBIH BAIK DI NEGERI SENDIRI JUGAK!! 
still bulih pakai ke kekdah begini? hihikkk~



Saturday, August 6, 2011

Pendatang tanpa izin!

Ini kisahnya pendatang tanpa izin di dalam rumah Sy..... Benci betullah... Incik suami pun dah mula rasa kegatalan di segenap ruang bodynya....  mula2 Sy macam kurang teliti puncanya, ingatkan disebabkan habuk atau cuaca yg kurang stabil sekarang ni incik suami dan Sy jadi gatal2..... 
 Jadi Sy pun ada buat research sikit2 dan minta pendapat dari orang di sekeliling....
dan apa yg mereka cakap? Nak tahu? Isy2...... muntah dulu!!!


PIJAT
Haaaaaa..... itulah namanya... 
but it's juz expected by me while encik suami macam a bit confuse lagi sama ada pendatang itu benar2  pijat.... ulang lang skali.... pijat!!! bukan pajat bukan pacat bukan pucat....

Jom kita kenali apekah jenis makhluk PIJAT ni....

Mula2 kita introduce dulu ok apekah itu pijat....

Jeng!! Jeng!!


Pijat ni merupakan sejenis serangga parasit! parasit ye kawan2..... nak tahu parasit tu apa?? hahhaaa.... pandai2 search la ok. dan pijat ni, sejenis pendatang haram yg sememangnya tidak dijemput dan tidak langsung dipersilakan di mana-mana saja terutamanya dekat dengan diri kita ni... 
pendatang haram bernama pijat ni hidup dengan makan darah manusia dan haiwan yg panas2 dan selainnya yg juga panas2..... (bukan bermaksud yg baru lepas dipanggang atau dimasak ye...cubalah buat experimen panggang ayam panas2 pestu simpan tengok ade tak pijat datang?.) Maksud sebenarnya, macam manusia la kan; berdarah panas.... kelawar... tempat2 tersorok... celah katil, celah tilam... (haiwan comel ni rasa ala2 nyaman gitu)

Pijat ni tak pernah dikurniakan sayap tau... Jadi maksudnya dia tak leh terbang... jadi senanglah kita nak tangkap sebab tak payah susah2 nak terlompat2 atau terkejar2 kalau dia cuba nak larikan diri.... dia cuba dikhabarkan boleh merangkak aje... so kalau nak tangkap dia kita pun merangkak samalah.... (jgn jadi bengong hahhahhahahha!!!)

Bagaiman kalau dah kena gigit dek si comel PIJAT ni?

Rasa mcam nak meraung? atau aduh!!! sakitnya dan jadi meracau2 sekejap???? tidaklah sampai begitu sekali.... hehhehehehhe!!! (buat suspen je Sy ni kan?)
sebenarnya, kita xrasa sakit pun... ala mcm kena gigit semut je pun.. tupun kadang2 xperasan pun dah kena gigit si comel ni... kuikuiii.... sedar2 dah gatal habis kawasan2 yg digigit... Disebabkan tak perasan apekah benda yg menggigit itu, jadi si semut atau si nyamuk jugalah yg menjadi mangsa amukan.....  BAIK BUAT SPOTCHECK DULU !!! JANGAN MAIN TUDUH AJE!

Jadi sekiranya dikhuatiri ada pijat atau mmg SAH adanya pendatang haram kecil comel ni ape nak buat?

1. sebab selalunya berlaku di dalam bilik, so silalah ambil bantal, selimut dan ape2 aje di dalam bilik tu lalu dijemurkan dibawah terik matahari.... berani jamin habis mati tebako dan tergedik2 sbb terlalu panas!!! (walopon dia suka yg panas2.. maka kerana panas juga dia blh mati kan? hmmm...)
2. Sembur racun serangga dikawasan yg dicurigai adanya pendatang2 haram ni atau lagi afdal di mana penginapan mereka... (iyeeeeeeewww... i geli!!!)

3. bakar seluruh rumah.. bukan saja penginapan pijat tu terhapus, makan terus lenyap sekali tempat tinggal kau orang! kakakkakakkakaka... (don't try this at home!)

Maka sampai di sini sajalah Sy boleh berkongsi cerita mengenai serangga pijat ini... moga dapat dimanfaatkan~



Thursday, July 28, 2011

2nd manuskrip sudah siap!!

My 2nd manuskrip sudah berjaya disiapkan... hmmm... tapi manis tersemat di dalam laptop becoz still tak konfiden nak call penerbit... hehhehheee...

macam mana eh??

fikir2..... apa nak dibuat dengan manuskrip2 ni?? 

=p

SOKONG SKUAD HARIMAU MALAYA!!!

Skuad Harimau Malaya cayuk!!!! cayukkk!!!!! 

Wah..... bukan main excited Sy malaungkan perkataan cayuk2 tu kan?  hhhahahhaa... iyelah...dah tak dapat pergi tgk... so apa bulih dikata lagi kan selain mengharapkan Harimau Malaya mengharumkan nama Malaysia tanah airku ni!!   excited melebihkan orang yang nak pergi ye tak? haruslah.....

Amacam? korang semua pergi tgk tak? urmmm.... pada sesiapa yang pergi tu jgn buat pasal udah la ye. no mercun., no bunga api tau! ingat pesan ni.... Jangan gunakan kekdah yang tak menjamin keselamatan korang tu ye...


apapapun kepada Harimau Malaya... buat yang terbaik!!! cayuk!!! cayuk!!!!


love.. muax!!

 

Saturday, June 4, 2011

My New Manukrip...

Sy sedang membikinkan satu manuskrip baru... 

Yeahhh!!! hapy.... coz it almost done! 

Alhamdulillah last month start and dah nak selesai ceritanya.... Idea for that story Sy dapat daripada kejadian2 di alam semesta ini yg banyak 'muncul' mendadak kan. tapi Sy garapkan lagi supaya pembaca boleh menjiwai dan memberi sedikit rasa simpati kepada character utama dalam cerita ni... sedih.. marah... benci dan sakit hati menjadi satu....

emmmm.... berkaitan apa ye cerita ni sebenarnyee??  

hehheheehhehee..

tunggulah ye nanti... 

Itu pun jika diberi peluang utk cerita Sy ni dimasukkan ke pasaran... mungkin pembaca akan tahu bagaimanakah sebenarnya ceritanya... hehehhehee....